Header Ads

Drama Patahnya Sebelah Sayap [2016] Samarinda TV3


Drama terbaru terbitan  Creative Skill Solution Drama 'Patahnya Sebelah Sayap'akan menghiasi slot Samarinda di TV3. Dibintangi pelakon-pelakon popular seperti Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera, Mili dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Ayie Mustafa. Nantikan tayangannya nanti di saluran TV3.

Details
Tajuk: Patahnya Sebelah Sayap
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 20 September 2016
Hari Tayangan:  Isnin - Rabu
Masa Tayangan: 10 malam
Saluran: Slot Samarinda TV3
Episod Penuh: 15 Episod
Pengarah: Ayie Mustafa
Terbitan: Creative Skill Solution
Pelakon
Ummi Nazeera sebagai Alisha
Aeril Zafrel sebagai Kuzairi
Izzue Islam sebagai Amzar
Wawa Zainal sebagai Tania
Syainie Shuhaimi sebagai Lin
Putra Amaris sebagai Rizal
Zainab Othman sebagai Halimah
Normah Damansuri sebagai Salbiah
Neera Azizi sebagai Mira
Muhamad Faiz sebagai Mirul
Mili Sebagai Habibah
Sinopsis
Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.


Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?

Gambar Pelakon-pelakon Drama Patahnya Sebelah Sayap







Jom Layan FB

1 comment:

Powered by Blogger.