Header Ads

Senarai Artis Gempak Superstar‬ 2016 (ASTRO)


Keputusan Dan Senarai Peserta Gempak Superstar 2016 Astro.  Astro tampil dengan program realiti terbaru mereka yang diberi nama Gempak Superstar. Program ini bakal menggunakan konsep Pelakon terkenal tanah air bertanding menonjolkan kehebatan mereka dalam bidang nyanyian. Seramai 10 orang pelakon bakal berentap dalam program ini yang terdiri daripada lima pelakon lelaki dan lima pelakon wanita.

Gempak Superstar akan ditayangkan pada setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 10 April 2016 secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Dua pelakon popular iaitu Scha Alyahya dan Sharnaaz Ahmad akan bertindak sebagai hos rasmi sepanjang program berlangsung.

Para peserta yang terdiri daripada pelakon tanah air itu akan dibimbing oleh empat barisan tenaga penasihat iaitu Datuk Ramli MS selaku pengarah muzik dan vokal, Datin Marlia Musa, Pat Ibrahim (penasihat drama) dan Hanafi Rosdi (penasihat koreografi).

Program ini menggunakan sistem pemarkahan 50% oleh juri tetap dan 50% lagi adalah berdasarkan undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Undian secara online juga boleh dilakukan menerusi laman web  www.gempaksuperstar.com.my mulai 4 April 2016.

Senarai Peserta
Berikut adalah senarai 10 peserta Gempak Superstar 2016 iaitu 5 wanita dan 5 lelaki. Kesemua mereka adalah pelakon :

Wanita
  1. Tasha Shilla
  2. Raja Ilya
  3. Izreen Azminda
  4. Sherry Ibrahim 
  5. Siti Elizad
Lelaki
  1. Nazim Othman
  2. Sofi Jikan
  3. Ryzal Jaafar
  4. Dazrin Kamarudin
  5. Arja Lee

Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.