Header Ads

Dangdut Star [2016] Astro (Program Nyanyian)


Program Dangdut Star diterbitkan bukan sekadar untuk mengetengahkan bakat dalam muzik dangdut, sebaliknya mengembalikan semula kegemilangan genre berkenaan seperti pernah disaksikan lebih sedekad lalu.

Pelawak, Tauke Jambu dan kumpulan yang semakin mencipta nama di arena muzik, De Fam, ditampilkan sebagai gandingan unik mengacarakan program terbaharu, Dangdut Star.

Lebih memeriahkan lagi apabila empat artis turut menjadi peserta iaitu Felix (Felix Agus, 34), Zizi (Nurfazelah, 31) dan Aishah (Siti Aishah Bujang, 25). Ketiga-tiga mereka adalah bekas peserta Akademi Fantasia.

Manakala penyanyi dangdut era 90-an, Elda atau Elda Susanty Abdul Malik, 34 turut terpilih menyertai program berkenaan.

Rancangan nyanyian terbaru ini bakal bersiaran bermula 27 April selama enam minggu, setiap hari Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Tauke Jambu dan De Fam sebagai hos

Peserta Dangdut Star
1. Rojer (Mohd Rozaidy Shukry)
2. Fitri (Fitri Hiswady)
3. Felix AF 3 (Felix Agus)
4. Zarith (Zarith Shuhada)
5. Aishah AF 7 (Siti Aishah)
6. Wanie (Azmahirwani)
7. Elda (Elda Susanty)
8. Fiesha (Norerinafisha)
9. Zizi AF7 (Nurfazalah)

Hadiah Pemenang
1st RM50,000, pakej percutian ke Sydney, trofi
2nd RM20,000, pakej percutian ke Korea, trofi
3rd RM15,000, pakej percutian ke bali, trofi

Juri Tetap
Pak Ngah
Mas Idayu
Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.