Header Ads

Pencuri Hati - Ayda Jebat (OST Drama Isteri VS Tunang)



Mungkin ramai orang mengenali Ayda Jebat hanya sebagai seorang pelakon, namun sebenarnya Janna juga mempunyai suara yang merdu. Sebelum ini Nama Ayda Jebat menjadi popular selepas drama lakonannya dalam Rindu Awak 200% berjaya mendapat tontonan ramai peminat. Dia yang digandingkan bersama Pelakon Zul Ariffin itu menjadi popular sekelip mata akibat drama tersebut. Mereka sekali lagi digandingkan bersama dalam drama bersiri MAID di Astro. Terbaru pelakon dan juga penyanyi popular Ayda akan mengeluarkan single keduanya secara rasmi esok yang berjudul Pencuri Hati yang  mana lagu tersebut dicipta oleh Kevin Chin. Lagu tersebut dikatakan lebih seperti ke arah dangdut kerana rentaknya yang agak rancak. Namun Ayda jebat mendedahkan beliau ingin mencuba sesuatu yang baru dalam nyanyiannya.

Bakat Ayda Jebat dalam bidang nyanyian lahir selepas menyertai program realiti Akademi Fantasia musim 9. Namun selepas itu, Ayda hanya memberi fokus kepada dunia lakonan drama. Tidak lama kemudian, Ayda mengeluarkan single pertama iaitu siapa diriku ciptaan Omar K & Ezra Kong dan berjaya mendapat sambutan peminatnya. OFFICIAL MUSIC VIDEO Siapa Diriku di Youtube mendapat view yang sangat memberansangkan iaitu 3.2 Juta viewer. Jumlah tersebut telah membuktika bahawa Ayda mampu bersaing dalam bidang nyanyian. Selain itu, lebih membanggakan apabila lagu Siapa Diriku telah berjaya ke peringkat separuh akhir muzik-muzik 30. Walaupun tidak berjaya ke pentas Anugerah Juara Lagu 30, Ayda telah memberikan saingan yang sengit.

Lagu Pencuri Hati juga merupakan lagu tema (OST) untuk dramasiri terbaru keluaran Astro iaitu Isteri vs Tunang yang akan mula disiarka malam ini. Drama tersebut akan menggantikan Drama Sha dan Shah yang akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis di Astro Ria dan Ria HD. Apabila melihat teaser opening drama tersebut, Ayda Jebat juga turut muncul. Namun sebenarnya Ayda Jebat tidak berlakon dalam drama itu, sebalikknya hanya menyanyikan lagu tema. Drama ini dibintangi oleh gandingan pelakon terkenal Scha Alyahya dan Hisyam Hamid di man drama ini diarahkan oleh pengarah Michael Ang.

Info drama baca disini.

Lagu : Pencuri Hati
Artis : Ayda Jebat
OST : Isteri vs Tunang

LIRIK LAGU PENCURI HATI - AYDA JEBAT

Jam di dinding terus berdetak
Kakiku juga terus berjalan
Tapi mengapa tak kau lepaskan tatapanmu dari diriku
Menembus hingga jantung ini terasa agak terhenti

Semua yang ada-ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
C'mon baby say you love me
Love me say you love me

Tak bisa ku sayang-sayang selain dirimu
Penjara kamu muka mu dalam hati ku
C'mon baby say you love me

Tak kuasa ku menahan rasa
Hati ku makin semakin berdetak
Tapi mengapa tak kau lepaskan tatapanmu dari diriku
Menebus hingga jantung ini terasa agak terhenti

Semua yang ada-ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
C'mon baby say you love me
Love me say you love me

Tak bisa ku sayang-sayang selain dirimu
Penjara kamu muka mu dalam hati ku
C'mon baby say you love me

1.. 2.. senyum manismu
3.. 4.. mirip matamu

Dengan kau pelarianmu
Bikin hati ku jadi rapuh
Si pencuri hatiku
Kau pencuri hatiku

Semua yang ada-ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
C'mon baby say you love me
Love me say you love me

Tak bisa ku sayang-sayang selain dirimu
Penjara kamu muka mu dalam hati ku
C'mon baby say you love me

Semua yang ada-ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
C'mon baby say you love me (say you love me)

Tak bisa ku sayang- sayang selain dirimu
Penjara kamu muka mu ke dalam hati ku
C'mon baby please don't hate me .

Love Me, Love Me (ulang 8x)


Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.