Header Ads

Song Ji Hyo dan Chen Bo Lin Memulakan Penggambaran di Seoul Untuk “We Are in Love”


Pelakon Song Ji Hyo dan pelakon Taiwan Chen Bo Lin dilihat telah memulakan penggambaran untuk "We Are in Love," versi Cina "We Got Married."

Gambar pasangan tersebut di Seoul telah didedahkan oleh pihak producer pada 23 Januari.

Dalam gambar-gambar itu, pelakon sedang bersiar melalui jalan-jalan bandar, menikmati suasana udara dalam cuaca sejuk.


Song Ji Hyo telah mengenakan pakaian serba putih dan cerah serta memakai jaket dan lilitan selendang di leher, manakala Chen Bo Lin mengenakan pakaian kasual dan jaket labuh pendek.

Namun, suhu beku kelihatan terlalu sejuk untuk mereka terutamanya Chen Bo Lin, yang dilihat menutup telinga menggunakan tangannya, kemungkinan besar untuk melindungi telinga daripada kesejukan.


Episod pertama "We Are In Love" yang menampilkan Song Ji Hyo dan Chen Bo Lin dijangka ditayangkan pada bulan April ini.


Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.