Header Ads

Lee Min Ho Dikhabarkan Berlakon Drama dari Penulis ‘My Love From the Star’


Setelah lama tidak terlibat dengan sebarang lakonan drama, aktor popular Korea Selatan Lee Min Ho dikatakan bakal membintangi sebuah drama.

Hal ini disahkan oleh agensi Lee Min Ho, Starhaus Entertainment dengan menyatakan bahawa aktornya itu akan membintangi drama baru dengan genre romantis dan juga diselitkan sedikit komedi yang mana cerita ini ditulis oleh penulis terkenal Park Ji Eun yang menulis cerita ‘My Love From the Star’.

Menurut sang penulis, drama baru yang dibuatnya ini sedang diteliti agar diterima masyarakat dan juga mampu menghasilkan rating yang tinggi.

Selain itu, drama ini akan diarahkan oleh Jin Hyuk, pengarah yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Lee Min Ho untuk drama ‘City Hunter’.

Jika Lee Min Ho bersedia membintangi drama baru kali ini, bermakna dia akan comeback setelah tiga tahun menyepi dalam bidang lakonan drama yang mana drama terakhir lakonannya adalah drama ‘The Heirs’ pada tahun 2013 lalu.

Sementara itu, Lee Min Ho saat ini baru saja menyelesaikan shooting filem terbarunya berjudul ‘Bounty Hunters’ dan sedang beristirehat.
Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.