Header Ads

Konsert Mega Gegar Vaganza di Istana Budaya 15-17 Januari


Ingin lihat bintang Gegar Vaganza 1 dan 2 bergabung? Jom ke 'Konsert Mega Gegar Vaganza' yang akan diadakan di Istana Budaya selama tiga malam berturut-turut mulai 15 hingga 17 Januari ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, konsert itu akan berlangsung selama dua jam 30 minit dan menyaksikan seramai 13 penyanyi yang akan mendendangkan kira-kira 20 buah lagu setiap malam.

"Persembahan pada ketiga-tiga malam itu akan diiringi oleh 63 pemuzik profesional dan penyanyi latar di bawah iringan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) pimpinan Konduktor Mohd Yazid Zakaria.

Antara penyanyi yang bakal membuat persembahan ialah Siti Nordiana, Farahdhiya, Ezad Lazim, Nassier Wahab, Haleeda dan Achong.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani, pula berkata pihaknya mengundang produksi Gegar Vaganza ke pentas Istana Budaya kerana tertarik dengan konsep program berkenaan yang mengangkat penyanyi-penyanyi lama.

Tiket konsert itu akan dijual mulai hari ini menerusi www.ticketcharge.com dan kaunter TicketCharge dengan harga dari RM89 hingga RM899.
Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.