Header Ads

Gambar Majlis Perkahwinan Mat Luthfi Youtuber Popular


Nama Mat Lutfi atau nama sebenar Muhammad Luthfi Bin Rohime memang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Beliau yang dikenali kerana membuat video-video yang menarik di Youtube. Kesemua videonya tersebar di laman sosial menjadikannya antara orang yang di Media Sosial , Mat lutfi menyampaikan idea-idea mengenai kehidupan masyarakat malaysia terutamanya dalam meneruskan kehidupan. Apa yang lebih menarik, video yang dicipta olehnya itu disampaikan dengan loghat utara sewaktu belajar di luar negara dan kini sudah graduate. Anak kelahiran negeri Kedah ini kemudiannya mengorak langkah dalam bidang penulisan buku pula apabila melancarkan buku tulisannya yang bertajuk Catatan MatLuthfi.

Mat luthfi sudahpun menamatkan zaman bujang apabila beliau telah berkahwin bersama orang yang dicintainya. Sebentar tadi tersebarnya gambar Mat yang dikatakan telah berkahwin, namun Mat Luthfi belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan perkara itu. Gambar tersebut melihatkan majlis perkahwinan yang diadakan cukup simpledan bersederhana. Suka tengok Busana pengantin bewarna putih kelihatan sangat sopan dan cantik digayakan oleh Mat Luthfi dan isterinya.

Sebelum ini, tersebar satu screenshot perbualan di Whatsapp tentang Mat Luthfi yang dikatakan sedang lakukan ujian HIV di sebuah klinik. Perkara tersebut membuatkan Mat sangat sedih kerana menyebarkan berita tanpa kebenarannya. Namun pastinya mat redha dan maafkan orang tersebut kerana Mat adalah seorang yang baik budi pekertinya.



Seronok Mat Lutfhi bila semua dah halal ya. Diharapkan Mat Luthfi akan terus membuat video dan mana tahu ada wifenya sekali dalam video itu. Pastinya video itu akan kelihatan lebih menarik dan gempak. Para peminat mesti tertunggu untuk melihat video yang menarik dari Mat di masa akan datang

Kalau dilihat di newsfeed facebook, instagram and twitter, pastinya kelihatan Ramai gadis malaysia yang sedih dan kecewa kerana Mat Luthfi sudah kahwin. Masing-masig tidak boleh menerima kenyataan bahawa Mat sudah menjadi milik orang. HAHA. Tahniah kami ucapkan kepada Mat dan semoga kekal bahagia hingga anak cucu.

Jom layan gambar Mat bersama wife dia yang sangat padan bagaikan pinang dibelah dua







Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.