Header Ads

Ji Hyo Mengaku Kwang Soo Suami Ideal Yang Terakhir Antara Kesemua Ahli


Aktres cantik yang juga member tetap Running Man, Song Ji Hyo telah muncul bersama ahli kumpulan Running Man yang lain dalam satu majlis kecuali pasangan Monday Couplenya, Gary yang sibuk dengan urusan muziknya.

Majlis tersebut merupakan anjuran SBS yang dinamakan 'SBS Entertainment Award' ataupun Anugerah Hiburan SBS 2015 yang dilangsungkan pada 30 Disember semalam.

Dalam majlis tersebut, Lee Kwang Soo menggantikan Gary untuk menjadi pasangan ‘Monday Couple’ Song Ji Hyo. Untuk memeriahkan majlis, Lee Kwang Soo bertanya kepada Song Ji Hyo tentang siapa suami ideal pilihannya di antara ahli Running Man.

Selepas berfikir, Ji Hyo memberitahu bahawa Yoo Jae Suk merupakan piilihan suami ideal no 1, kemudian Ji Hyo menyebutkan nama Haha sebagai suami ideal kedua dan terakhir adalah Kim Jong Kook.

Diantara ketiga diatas, Lee Kwang Soo menduga bahwa dirinya berada di senarai paling terakhir sebagai suami ideal. Dugaan Kwang Soo benar, dirinya dipilih Song Ji Hyo sebagai suami ideal paling akhir.

Sementara itu, di majlis tersebut program variety show popular ‘Running Man’ berjaya memenangi Anugerah Program Pilihan Penonton (Viewers’ Choice Program award).

Siapakah suami ideal pilihan anda dalam kalangan ahli Running Man?
Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.