Header Ads

Goodbye Mr. Black [2016] K-Drama


Goodbye Mr. Black  adalah antara drama terbaru untuk tahun 2016 nanti dimana cerita ini merupakan adaptasi dari sebuah serial komik berjudul "Gootbai Miseuteo Beullaek" karya Hwang Mi-Na yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1983 oleh Songchun Cultural Publishers. Siri drama ini pada mulanya dijadualkan disiarkan di SBS, tetapi rundingan gagal kerana terdapat perbezaan pendapat. Pelakon cantik Moon Chae Won merupakan pelakon utama dalam drama ini yang semestinya akan menarik ramai orang menonton cerita ini. Boleh dikatakan hampir kesemua drama yang dilakonkan oleh Chae Won akan meletop. Adakah cerita iniakan turut meletop, kita lihat nanti.


Details
Tajuk: Goodbye Mr. Black 
Hangul:굿바이 미스터 블랙
Genre: Thriller
Hari Tayangan: Rabu & Khamis
Tarikh Tayangan:  Mac 2016
Episod Penuh: --
Siaran: MBC
Penulis: Moon Hee-Jung
Pengarah: Lee Chang Min
Pelakon
Lee Jin Wook Sebagai Cha Ji-won
Moon Chae Won Sebagai Swan
Kim Kang Woo Sebagai Park Eun-chan
Song Jae Rim Sebagai Seo Woo-jin
Daniel Henney Sebagai Kim Ji-ryun
Sinopsis
Goodbye Mr. Black mengisahkan tentang Mr. Black, seorang pegawai UDT Pasukan Gerakan Khas Tentera Laut. Beliau adalah seorang yang positif dan mempunyai daya tarikan peribadi, tetapi dia jatuh ke dalam keadaan terdesak kerana pengkhianatan kawannya.

Dia menyipan niat untuk membalas dendam kepada kawan yang telah membohonginya itu. Dalam perjalanannya untuk membalas dendam, dia bertemu dengan Swan dan mereka berkahwin secara palsu untuk menyembunyikan idetitinya. Drama ini menceritakan bagaimana cara kedua-dua mereka mendapatkan kepercayaan diri sebagai manusia.


Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.