Header Ads

Ops Cinta Din Sardin [2017] Kelakarama TV9




Drama bersiri Ops Cinta Din Sardin merupakan kesinambungan daripada telefilem Din Sardin. Drama arahan Nazir Jamaluddin ini dibintangi oleh Mira Filzah, Izzue Islam, Niena Baharun, Bell Ngasri, Sasqia Dahuri, Syazuwan Hassan dan ramai lagi. Akan disiarkan menerusi slot Kelakarama bermula 11 Ogos 2017, setiap hari Selasa hingga Ahad pukul 8.30 malam di TV9.

Details
Tajuk: Ops Cinta Din Sardin
Genre: Komedi
Tarikh Tayangan:  11 Ogos 2017
Hari Tayangan: Selasa-Ahad
Masa Tayangan: 8.30 Malam
Saluran/Slot: Kelakarama TV9
Episod Penuh: 20 Episod
Pengarah: Nazir Jamaluddin
Terbitan: Mache AllStar United Sdn Bhd
Pelakon
Izzue Islam sebagai Din Sardin
Mira Filzah sebagai Che Ta
Niena Baharun sebagai Cik Murni
Bell Ngasri sebagai Azam
Delimawati sebagai Mak Lunah
Kazar sebagai Abu Rani
Amir Raja Lawak sebagai Amir
Sasqia Dahuri sebagai Suraya
Syazuwan Hassan sebagai Daud
Taufiq Hanafi sebagai Kamarul
Anne Ariffin sebagai Anne
Jaja Iliyes  sebagai Nini
Azhan Rani sebagai Zack
Iswan Ismail sebagai Iskandar
Ariff Aziz sebagai Tuan Zul
Putra Amaris sebagai Shamsul 
Sinopsis Ops Cinta Din Sardin
Mengisahkan Din Sardin (Izzue Islam) yang memang terkenal sebagai mat rempit di kampungnya. Sejak mengenali Che Ta, seorang Pegawai JPJ yang cantik manis, Din Sardin semakin minat bekerja dalam anggota beruniform. Sahabat baik Din iaitu Amir masih lagi degil dan kembali merempit dengan budak-budak rempit kampung.

Walaupun Che Ta sudah dimiliki orang lain, perasaan Din pada Che Ta masih tidak berubah. Din nekad untuk menjadi menjadi pegawai JPJ walaupun tidak dapat memiliki cinta Che Ta, asalkan dia dapat bergandingan dan selalu bersama gadis itu pun sudah cukup baginya.

Pada mulanya, Din sudah berputus asa untuk mencari pekerjaan setelah acapkali permohonannya untuk menjadi anggota unit beruniform itu ditolak sehinggakan dia kembali merempit. Ditimpa malang akibat kedegilannya untuk kembali merempit menyebabkan dia kehilangan sahabat baiknya, Amir yang ditimpa kemalangan ketika mereka sedang berlumba secara haram.

Din nekad untuk berubah dan tidak mahu lagi untuk menjadi mat rempit. Che Ta turut membantu Din untuk berubah dengan menyerap Din menjadi sukarelawan Skuad Muda JPJ dalam kempen kesedaran yang dijalankan oleh JPJ.

Din Sardin menjadi anggota JPJ dan bercinta dengan Su sejak sama-sama dalam latihan. Kebetulan pula Che Ta bertugas menjadi jurulatih di pusat latihan itu, menemukannya dengan Din Sardin. Percintan Din Sardin dan Su Berakhir. Din dipindahkan ke Putrajaya, dan diserapkan satu unit dengan Che Ta yang menjadi ketuanya. Din berusaha mendapatkan cinta Che Ta. Su kemudian dipindahkan juga ke Putrajaya. Su ingin kembali kepada Din, tetapi Din menolak kerana Din mengejar cinta Che Ta. Su kecewa. Che Ta pula menolak cinta Din Sardin. Din Sardin pula yang kecewa. Dia mahu kembali kepada Su, tetapi Su sudah ada teman lelaki baru. Din Sardin kecewa. Hinggalah dia berubah menjadi anggota JPJ yang paling cemerlang dan dia berjaya menambat hati Che Ta semula.

Gambar Pelakon





Poster Diari Cinta Kita


Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.