Header Ads

Drama Sumpah Ibu [2016] Azalea TV9



Drama baru untuk slot Azalea berjudul Sumpah Ibu menemui penonton di TV9 mulai 8 Januari ini. Drama bersiri arahan Rusdi Ramli ini bakal bersiaran selama 20 episod. Drama ini dilakonkan oleh Drama ini akan menggantikan drama Diari Cinta Kita di slot Azalea TV9.

Details
Tajuk: Sumpah Ibu
Genre: Drama, Keluarga
Tarikh Tayangan: 8 Januari 2017
Hari Tayangan: Selasa-Ahad
Masa Tayangan: 8.30 Malam
Saluran/Slot: Azalea TV9
Episod Penuh: 20 Episod
Pengarah: Rusdi Ramli
Terbitan: A Aida Production Sdn Bhd
Pelakon
Adiba Yunus sebagai Intan
Rashidah Jaafar sebagai Kasmah
Nafiez Zaidi sebagai Farhan
Eyka Farhana
Faiz Tapaw sebagai Fauzi
Ramli Salleh sebagai Mansur
Chomatt Samad  sebagai Haris
Comel Fana
Erry Putra sebagai Nasir
Sinopsis Diari Cinta Kita
Intan (Adiba Yunus) seorang gadis bijak tekad untuk belajar bersungguh-sungguh kerana dia mahu keluar dari kemiskinan keluarganya. Dia merasa terbeban untuk memikul tangggungjawab ibunya, Kasmah (Rashidah Jaafar) setelah ayahnya, Mansur (Ramli Saleh), lumpuh. Intan mempunyai seorang abang, Fauzi (Faiz Tapaw) yang cacat dan juga seorang adik iaitu Farhan (Nafiez Zaidi). Intan juga mempunyai seorang kekasih, bernama Haris (Chomatt Samad). Haris seorang pemuda yang baik hati, dia sentiasa memberikan dorongan dan tidak lokek untuk membantu keluarga Intan. 

Sumpah Ibu 2

Kasmah sangat menyayangi Intan walaupun Intan sering memarahinya kerana Intan merasa terbeban dengan pelbagai masalah keluarga mereka. Walaupun begitu, demi masa depan Intan, Kasmah sanggup berkorban dengan menjual semua barang kemasnya bagi membolehkan Intan melanjutkan pelajarannya dan mendapat pekerjaan yang baik untuk membantu keluarga. Namun, Intan mula lupa diri dan pada sumpahnya untuk membantu keluarga apabila dia sudah berjaya. 

Lebih ironi, Intan langsung tidak peduli apabila projek pembinaan yang bakal diuruskan oleh syarikat Nasir (Erry Putra), kekasih barunya itu akan memusnahkan penduduk kampung tempat dia membesar termasuk keluarganya sendiri. Bagai tiada perasaan, sudahlah tidak mengaku asal usulnya, Intan mencadangkan supaya Nasir memberi wang pampasan untuk menghalau mereka daripada kawasan tersebut. 

Kerana ingin hidup senang dan mewah membuatkan Intan lupa segala pengorbanan dan kasih sayang ibunya. Intan curang pada kesetiaan Haris yang sentiasa berada disisi sewaktu dia susah dahulu. Intan juga kejam kerana tidak langsung pulang melawat Mansur yang sakit, sehinggalah Mansur meninggal dunia. Intan juga berpura-pura tidak mengenali Farhan malah hanya membiarkan adiknya itu dipukul ketika Farhan ingin memujuknya untuk pulang ke rumah mereka. Kamsah menjadi murung dan sentiasa dalam kesedihan mengenangkan Intan yang sudah lupa akan janji-janjinya dahulu. 

Adakah selamanya Intan dapat hidup tenang dengan melupakan sumpah yang dilafazkan dahulu? Dapatkan Kasmah memaafkan Intan? 

Gambar Pelakon





Poster Diari Cinta Kita



Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.