Header Ads

Drama Ainur Mardhiyah [2016] Azalea TV9


Drama baru untuk slot Azalea berjudul Ainur Mardhiyah bakal menemui penonton di TV9 mulai 20 November ini dan ulangan di TV3. Drama bersiri arahan Zamri Zakaria ini bakal bersiaran selama 20 episod. Drama ini menampilkan pelakon veteran dan baru seperti Zahiril Adzim, Sura Sojangi, Niezam Zaidi, Neera Azizi, Fara Lyna, Bella Nazari, Zarynn Zarynn, Khaty Azian. Drama Ainur Mardhiyah akan menggantikan drama Amsyar di slot Azalea TV9.

Details
Tajuk: Ainur Mardhiyah
Genre: Drama, Keluarga
Tarikh Tayangan: 22 November 2016
Hari Tayangan: Selasa-Ahad
Masa Tayangan: 8.30 Malam
Saluran/Slot: Azalea TV9, Ulangan TV3
Episod Penuh: 20 Episod
Pengarah: Zamri Zakaria
Terbitan: Creative Skill Solution Sdn Bhd
Pelakon
Sura Sojangi sebagai Dhiya
Zahiril Adzim sebagai Saiful
Niezam Zaidi sebagai Kiflie
Neera Azizi sebagai Aina
Khaty Azean sebagai Mar
Fara Mendoza sebagai Maya
Rahim Kidol sebagai Tok Ketua
Delimawati  sebagai Che Yam
Bella Nazari sebagai Kak Lin
Ahya Rosli sebagai Miki
Zarynn Zarynn sebagai Che Pora
Ramli Salleh sebagai Malim
Sinopsis Ainur Mardhiyah
Mengisahkah Ainur Mardhiyah (Dhiya), seorang anak luar nikah yang lahir selepas ibunya diperkosa. Selepas dilahirkan ibunya Mar meninggalkan Dhiya kepada orang tuanya dan dia tidak diakui sebagai anaknya sendiri. Mar merantau ke Kuala Lumpur bagi memulakan kehidupan baru dan membuka perniagaan butik. Sejak itu, dia tidak lagi pulang ke kampung.

Dhiya yang dibesarkan oleh datuk dan neneknya mempunyai dua sahabat baik iaitu Saiful dan Kiflie yang masing-masing menunggu keputusan masuk ke universiti. Dalam diam, Saiful menaruh hati terhadap Dhiya. Namun hubungan mereka tidak disenangi Maya yang turut menaruh hati pada Saiful. Maya kemudian menghasut ketua kampung dan isterinya Che Yam untuk membenci Dhiya. Maya dan ayahnya Malim, punya agenda tersendiri terhadap keluarga Saiful yang banyak harta dan tanah itu.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila datuk dan nenek Dhiya meninggal dunia akibat kemalangan. Segala harta diwariskan kepada Dhiya dibolot Mar. Sedikit pun tidak dipedulikan akan nasib Dhiya. Hidup Dhiya sehelai sepinggan sehingga dia terpaksa melarikan diri akibat difitnah. Saiful dan Kiflie cuba mencari Dhiya namun tidak ketemu.

Setelah empat tahun, barulah Dhiya meneruskan pelajaran selepas bekerja dahulu untuk mengumpul wang. Dia berkenalan dengan Aina, anak kandung Mar dari suami barunya. Aina tertarik untuk membantu walaupun Dhiya berat untuk menerimanya. Mereka belajar di tempat sama dan mulai rapat tanpa menyedari mereka adik-beradik. Aina juga tawarkan Dhiya kerja di butik ibunya ketika ibunya ke luar negara untuk satu projek jangka panjang. Sejak itu, butik tersebut maju. Ketika itulah, Dhiya bertemu Saiful dan Kiflie semula. Saiful cuba yakinkan Dhiya akan perasaannya. Aina pula menaruh hati pada Kiflie dalam diam. Namun, dia rasa cemburu akan hubungan rapat Kiflie dan Dhiya. Akhirnya, dia malu sendiri bila tahu hakikat sebenarnya. Mulai saat itu, mereka berempat jadi rapat dan bekerjasama dalam beberapa projek.

Gambar Pelakon




Poster

Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.