Header Ads

Drama Samudera Rindu [2016] Azalea TV9


Drama baru untuk slot Azalea berjudul Samudera Rindu bakal menemui penonton di TV9 mulai September ini dan ulangan di TV3. Drama bersiri arahan Amor Rizan ini bakal bersiaran selama 20 episod. Drama ini menampilkan pelakon veteran dan baru seperti Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Eyra Hazali, Watie Sadali, Emely Hanif, Hafeez Mikail.

Details
Tajuk: Samudera Rindu
Genre: Drama, Keluarga
Tarikh Tayangan: 25 September  2016
Hari Tayangan: Selasa-Ahad
Masa Tayangan: 8.30 Malam
Saluran/Slot: Azalea TV9, Ulangan TV3
Episod Penuh: 20 Episod
Pengarah: Amor Rizan
Terbitan: Suhan Movies & Trading
Pelakon
Azhan Rani sebagai Zainal
Dynas Mokhtar sebagai Nadia
Eyra Hazali sebagai Athirah
Watie Sadali sebagai Siti
Hafeez Mikail sebagai Norman
Efa Mareesja senagai Aisyah
Alif Hadi sebagai Ezaril
Emely Hanif sebagai Maria
Sinopsis Drama Samudera Rindu
Mengisahkan hubungan seorang gadis muda, Atirah (Eyra Hazali) dengan ibunya, Nadia (Dynas Mokhtar) yang menghidap penyakit kemurungan selepas kehilangan anak sulungnya. Atirah ialah seorang gadis yang cantik dan pandai serta patuh pada orang tuanya. Walaupun dia tahu keadaan ibunya, dia tetap menghormati Nadia sebagai ibunya. Kehidupan Atirah tidaklah mewah seperti rakan karibnya, Eliza. Zainal (Azhan Rani), ayahnya pula kerap tukar pekerjaan kerana keadaan isteri tercintanya, Nadia.

Atirah dilahirkan dengan harapan dapat mengurangkan kemurungan Nadia, tetapi harapan itu hanya menjadi angan-angan sahaja. Nadia tetap berada di dalam dunianya sendiri sahaja, sehinggakan lupa untuk menjaga Atirah. Bagi Zainal, Atirah adalah satu-satunya anaknya dengan isteri kesayangannya, dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga Atirah.

Atirah menjadi rakan baik dengan ibunya. Perangai Nadia berubah menjadi kebudak-budakan seperti Atirah. Walaupun Zainal sedih melihat keadaan Nadia, tetapi dia tetap bahagia kerana merekalah ahli keluarga yang menjadi dorongannya. Zainal tidak pernah melupakan cinta kepada isterinya mahupun mempunyai niat untuk menghantar Nadia ke hospital.

Lama kelamaan, Atirah telah berjaya menyambung pelajaran ke menara gading. Dia mula berasa penat untuk melayan karenah ibunya. Dia juga berasa malu untuk mengaku dengan kehadiran ibunya yang tidak waras itu. Apatah lagi Atirah mula berkawan dengan Eizaril, seorang pemuda yang baik hati.

Akhirnya, Nadia dihantarkan ke hospital untuk rawatan. Walaupun berat hati Zainal untuk berbuat demikian, tetapi ia adalah cara yang terbaik buat Nadia. Pada masa yang sama, Zainal juga mula rapat dengan rakan sekerjanya, Siti (Watie Sadali) yang sentiasa memberi kegembiraan yang kian lama tidak diisi.

Adakah Nadia berjaya dirawat dengan sepenuhnya? Apakah bahagia akan tiba setelah Zainal, Nadia dan Atirah hidup menderita sekian lama?

Gambar Pelakon






 

Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.