Header Ads

Peserta Super Spontan Superstar [2016] Astro


Nantikan program realiti siri terbaru Super Spontan Superstar yang menampilkan 16 peserta terdiri daripada para selebriti, pelawak dan terbaru turut melibatkan artis media sosial popular tanahair. 16 selebriti ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Harimau Hipster dan Monyet Mafia diketuai oleh Johan Raja Lawak dan Tauke Raja Lawak bagi memimpin barisan peserta yang lain. Dato’ AC Mizal kekal sebagai hos ditemani pelawak genit, Amir Raja Lawak yang akan muncul menghangatkan suasana selaku pengacara bersama. Adflin Shauki pula bakal memegang amanah selaku komentator, berpasangan dengan seorang selebriti jemputan yang akan diundang setiap minggu. Program ini bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (UPM), Serdang selama 10 minggu, pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam mulai 5 Ogos 2016 dtayangkan serentak menerusi Astro Warna (Saluran 132) dan Mustika HD (Saluran 134).

Details
Tajuk: Super Spontan Superstar
Genre: Realiti Show, 
Tarikh Tayangan: 5 Ogos 2016
Hari Tayangan: Jumaat
Masa Tayangan: 10.00 malam
Saluran: Astro Warna 132 & Mustika HD 134
Pengacara: Dato’ AC Mizal, Amir Raja Lawak, Adflin Shauki
Episod: 10 Minggu
Harimau Hipster
1. Tauke (Ketua)
2. Abam Bocey
3. Syuk Joras
4. Fad Bocey
5. Zulin Aziz
6. Ozlynn
7. Jamal Tetsu
8. Waris
Monyet Mafia
1. Johan Raja Lawak (Ketua)
2. Achey
3. Ali Puteh
4. Amyza Adnan
5. Kamal Adli
6. Julia Ziegler
7. Altimet
8. Zukieeeee
Sinopsis
Sebuah rangcangan yang memerlukan para peserta melakukan pelbagai acara atau aktiviti dengan cara spontan tanpa skrip. Dua kumpulan bersaing secara sihat dan setiap minggu akan berlaku penyinkiran yang mana berlaku kepada peserta yang mendapat undian tertinggi.

Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.