Header Ads

Drama Surah Buat Maisarah [2016] Zehra TV3


Drama Terbaru Surah Buat Maisarah akan dibintangi oleh pelakon Syatilla Melvin, Shukri Yahaya, Nabilah Dally, Shah Iskandar dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Khalid Nadzri dan merupakan terbitan syarikat Layar Consult Sdn Bhd. Drama ini bakal disiarkan di slot Zehra TV3 tidak lama lagi.

Details
Tajuk: Surah Buat Maisarah
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 20 Julai 2016
Hari Tayangan: Rabu- Jumaat
Masa Tayangan: 9:00 malam
Saluran: Slot Zehra TV3
Episod Penuh: 15 Episod
Pengarah: Khalid Nadzri
Terbitan: Layar Consult Sdn Bhd
Pelakon
Syatilla Melvin sebagai Maisarah
Shukri Yahaya sebagai  Nazim
Nabilah Dally sebagai Zalikha
Shah Iskandar sebagai Zahir
Azri Iskandar sebagai Dato Mustafa
Zarina Zainuddin sebagai Datin Zuraida
Beego sebagai Fikri
Abby Nadzri sebagai Rehana
Yusri Salleh sebagai Latiff
Dania Aina sebagai Amanda
Ieka Zulkifli sebagai Suraya
Nursha sebagai Atie
Ku Faridah sebagai Mak Umi
Sinopsis Surah Buat Maisarah
Kisah Maisarah seorang gadis Melayu yang mengagungkan budaya Barat hanya kerana pernah menetap di Amerika beberapa tahun. Ayahnya memanggilnya pulang ke Malaysia untuk menguruskan syarikat. Maisarah mempunyai perangai yang keras kepala dan memberontak. Ayahnya terpaksa mengugut untuk memotong kad kredit milik Maisarah jika tidak bekerja. Walaupun telah masuk bekerja, Maisarah selalu ponteng dan tidak memberi tumpuan ketika bekerja. Maisarah banyak membawa masalah kepada syaarikat. Tiada orang boleh menasihati Maisarah termasuklah adiknya Zalikha.

Di syarikat, Maisarah telah bertemu dengan pemuda Melayu Nazim . Bagaikan buku bertemu ruas, Maisarah terpaksa bekerja dengan  Nazim yang sangat mementingkan nilai agama dalam hidup. Mereka selalu bertengkar dalam semua perkara. Nazim telah menggunakan petikan ayat-ayat Al-Quran di dalam menegur dan menyedarkan Maisarah. Lawatan kerja Maisarah ke Perak bersama Nazim mengubah pandangannya kepada Nazim selepas beberapa insiden. Akhirnya Maisarah telah berubah ke arah yang lebih bagus selepas menyedari kesilapannya sebelum ini. Maisarah juga menaruh hati kepada Nazim. Bagaimana kisah mereka pada penghujung drama ini? Ayuh saksikan Drama ini.

Review Drama
Drama ini menitikberatkan jalan cerita berkenaan kepentingan pegangan agama islam dalam individu untuk berjaya dalam hidup. Maisarah yang baru pulang dari luar negara telah terbiasa dengan budaya barat dan lupa pada asal usulnya. Dia mengalami pelbagai masalah selepas pulang ke Malaysai. Keluargnya hampir berpecah belah akibat perbuatan ayahnya yang telah berkahwin satu lagi dengan setiausahanya iaitu dengan Rehana. Maisarah pulah menambah keruh lagi keadaan apabila memecat Kak Rehana dari pejabat. Maisarah juga telah ditipu oleh Fikri yang meminjam sejumlah wang untuk melabur. Maisarah dalam keadaan yang sangat tidak tenteram untuk menghadapi dugaan yang teruk ini. 

Keadaan Maisarah mula berubah apabila dia bertemu dengan Nazim pekerja di pejabatnya yang merupakan seorang yang patuh pada ajaran agama. Nazim cuba membantu Maisarah untuk mengenali agama dengan lebih dalam. Dia selalu menghantar surah kepada Maisarah setiap kali Mai menghadapi masalah. Akhirnya kehidupan Maisarah menjadi tenang dan segala masalah selesai apabila Maisarah berubah ke arah kebaikan. 

Drama ini juga menceritakan tentang permasalahan dalam masyarakat ketika menjalani kehidupan semasa. Masalah penipuan untuk mendapatkan kemewahan dengan cepat. Fikri yang merupakan seorang ejen insuran telah menipu ramai orang terutamanya wanita untuk mengaut kentungan berganda. Dia akhirnya dipenjara akibat perbuatannya yang suka menganiaya orang. Isterinya juga telah meminta cerai kerana sikapnya yang selalu curang.

Selain itu, Kisah poligami dalam sesebuah keluarga yang mampu membawa kepada banyak keburukan. Dalam drama ini Daatin Zuraida berperang teruk dengan Dato Mustafa selepas mengetahui suaminya telah berkahwin kali kedua. Anak-anak juga turut menjadi mangsa daripada perbuatan ayahnya. Namun segalanya selesai apabila Dati Zuraida menerima Rehana sebagai madunya dan mereka juga turut menjadi rakan kongsi dalam bisnes.

Gambar Pelakon




Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.