Header Ads

Drama Marhaban Kome Oi [2016] Iris TV3


Drama terbaru iaitu Marhaban Kome Oi akan mengisi Slot Iris. Drama  arahan  Nuad Hj Othman ini akan ditayangkan pada 18 Julai 2016 akan menyajikan drama komedi yang mampu mencuit hati penonton dan membuatkan penonton gelak terbahak-bahak. Saksikan nanti di TV3!

Details
Tajuk: Marhaban Kome Oi
Genre: Drama, Komedi
Tarikh Tayangan: 18 Julai 2016
Hari Tayangan:  Isnin - Khamis
Masa Tayangan: 6.30 Petang
Saluran: Slot Iris TV3
Episod Penuh: 20 Episod
Pengarah: Nuad Hj Othman
Terbitan: A.Aida Production Sdn Bhd
Pelakon
Kartina Aziz sebagai Opah Kuntum
Tash Yong sebagai Orked
Sabhi Saddi sebagai Ijam
Ana Dahlia sebagai Dara
Fauziah Nawi sebagai Ustazah
Keena Mentor sebagai Tina
Sinopsis
Kampung Seri Selasih mempunyai kumpulan marhaban bernama Wardah yang dianggotai oleh lapan wanita yang komited terhadap aktiviti marhaban dan sering mendapat undangan marhaban di serata kampung. Pelbagai karakter dan karenah ahli-ahli marhaban ini yang sering menimbulkan pelbagai insiden lucu dan mencuit hati. Ada yang gedik, sering mencari wajah kacak ketika bermarhaban. Dan ada yang menjalani pembedahan mata dan terpaksa memakai cermin mata hitam sepanjang marhaban, dan ada yang merasakan dirinya seolah-olah seorang selebriti serta ada yang melatah sehingga terbongkar rahsia perniagaan bahulunya dan pelbagai karenah lain yang mencuit hati.


Gambar Pelakon






Poster
Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.