Header Ads

Drama Budak Magik [2016] Aksi TV3


Drama terbaru di slot Aksi TV3, Drama Budak Magik akan ditayangkan sebanyak 15 episod. Drama arahan Along Hafiez Othman ini dibintangi oleh Firdaus Ghufran, Syamim Razi, Elnisa Husni, Mysarra Syahfiedzrien, Aida Ruyati, Ana Dahlia dan ramai lagi. Drama terbitan Padi Pictures Sdn Bhd akan disiarkan setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10 Malam. Pastinya peminat-peminat drama melayu tidak sabar lagi untuk menonton drama ini yang menampilkan banyak muka baru yang berbakat dalam dunia lakonan. Jangan lupa untuk menonton drama ini.

Details
Tajuk:  Budak Magik
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 18 Julai 2016
Hari Tayangan: Isnin-Rabu
Masa Tayangan: 10 Malam
Saluran: SlotAksi TV3
Episod Penuh: 15 Episod
Pengarah: Along Hafiez Othman
Terbitan: Padi Pictures Sdn Bhd
Pelakon
Firdaus Ghufran sebagai Imran
Elnisa Husni sebagai Myra
Syamim Razi sebagai Haikal
Mysarra Syahfiedzrien sebagai Zara
Aida Ruyati sebagai Nek Wan
Ana Dahlia sebagai Suraya
Nizen Ayob sebagai Johan
Cico Harahap sebagai Cikgu Razib
Kamarul Hj Yusuf sebagai Ariman
Sinopsis Drama Budak Magik
Menceritakan tentang 4 orang budak sekolah yang mendapat kuasa luar biasa akibat terkena hujan. Pada mulanya mereka menganggap kuasa yang dimiliki adalah elemen paranormal yang menakutkan. Namun Imran, Myra, Haikal dan Zara cuba menyesuaikan diri dengan kuasa yang mereka miliki. Mereka kemudiannya menyedari kelebihan yang mereka miliki itu perlu dikawal sebaiknya dan digunakan untuk tujuan kebaikan.

Myra cuba mencari sebab kenapa Imran bergaduh ketika di sekolah lamanya. Imran kemudian terjumpa sebuah buku lama bertajuk Budak Magik di dalam rumah stor. Imran mula seronok dengan kisah pengembaraan yang dibacanya di dalam buku Budak Magik kerana isi kandungannya memberi pembacanya pilihan untuk menyelesaikan sesebuah kes.

Gambar Pelakon









Poster Budak Magik

Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.