Header Ads

Siri Animasi Ejen Ali [2016] Bananana TV3


Selepas Upin Ipin dan Boboi Boy, sebuah lagi animasi tempatan terbaru bertajuk Ejen Ali bakal menemui penonton menerusi slot Bananana. Ianya berkisahkan kehidupan seorang perisik cilik. Ali dengan bantuan alat-alat teknologi yang canggih dalam membanteras penjenayah. Siri 13 episod itu merupakan harta intelek pertama milik Media Prima Berhad dengan kerjasama syarikat WAU Animation Sdn Bhd. Saksikan siri animasi Ejen Ali yang akan bersiaran bermula 8 April 2016, setiap Jumaat jam 5.30 petang di TV3.

Details
Tajuk: Ejen Ali
Genre: Animasi , Komedi
Tarikh Tayangan: 8 April 2016
Hari Tayangan: Jumaat
Masa Tayangan: 5.30 petang
Saluran/Slot: Bananana TV3
Episod Penuh: 13 Episod
Pengarah: Usamah Zaid
Terbitan: WAU Animation / Media Prima Berhad
Watak Suara
Ali / Comot - Ida Rahayu Yusoff
Bakar - Shafiq Isa
Viktor /General Rama / Ejen Rizwan - Azman Zulkiply
Alicia - Noorhayati Maslini Omar
Jenny - Noor Meirysha Nurol Ashikin
Dos - Nurul Radhiah Binti Ibrahim
Trez - Megat Zahrin Megat Hisham
Puan Munah - Roshilawaty Razlan
Aunty Faye - Noranis Ismail
Shaun - Mohammad Nur Syafiq Azhar
Syed - Syed Mohd Asyraf Syed Sober
Sinopsis Ejen Ali
Ejen Ali mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang agen jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency).

Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S. Ejen Dos dan Trez cuba mendapatkannya kembali tetapi di dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem IRIS sehingga hanya dirinya sahaja mampu menggunakan alat tersebut. Oleh sebab itu, Ali terpaksa menjadi ejen baru M.A.T.A dan menyelamatkan Bandar Cyberaya dari sebarang ancaman bahaya. Malah menerusi tugasan barunya itu nanti, Ali bakal menemui potensi dirinya yang sebenar.




Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.