Header Ads

Rancangan Realiti TV 'The Entrepreneur' [2016] TV3


TV3 kini kembali dengan satu lagi program realiti TV terbaru yang dipanggil "The Entrepreneur", bakal menyaksikan 10 peserta yang dipilih khusus dari program boot camp Tube 2.0 anjuran SME Corp. Malaysia.

Kesepuluh peserta ini akan berjuang untuk mendapatkan gelaran "The Entrepreneur" dan anda berpeluang untuk menyaksikan mereka berentap menerusi kaca TV pada setiap Selasa jam 5.30 petang selama 8 minggu.

Apa yang bakal penonton saksikan menerusi rancangan ini? Penonton bakal menyaksikan bagaimana peserta-peserta ini menggunakan skil dan kreativiti mereka sebagai seorang usahawan untuk meraih gelaran "The Entrepreneur". Sudah tentu banyak ilmu keusahawan yang akan dikongsikan di dalam program ini.

Bagi penonton pula, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah berupa wang tunai dengan menyertai Peraduan Jawab & Menang dengan melayari laman web rasmi program The Entrepreneur di http://www.tv3.com.my/theentrepreneur. Laman web ini juga mengandungi klip-klip eksklusif di belakang tabir, profil juri dan mentor serta nama-nama besar yang berkolaborasi untuk menjayakan program ini.

Senarai peserta-peserta Program "The Entreprenuer" :

1 -  Mohd Shaffieq Abdullah & Zulkiflee Bin Ibrahim :
Bidang : Industri Teknologi Maklumat & Komunikasi

2 - Syed Salleh Bin Syed Sulaiman & Mohammad Fakrulllah Bin Rosnan
Bidang : Industri Makanan & Minuman

3 - Siti Nor Hidayah Bt Maskun & Haleda Aqila Bt Nasis
Bidang : Industri Fesyen

4 - Muhammad Shafizuan Bin Mohd Ghazali & Affizolhadi Bin Suria
Bidang : Industri Automotif

5 - Sonia Ayesha Bt Rashidi & Umi Nor Fadhilah Lulong Bt Hariz Joseph
Bidang : Industri Perkhidmatan


Untuk mengenali mereka-mereka ini dengan lebih dekat, boleh layari:  http://www.tv3.com.my/theentrepreneur/profil.asp
Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.