Header Ads

Nabil Ahmad Tolak Tawaran Berlakon Elak Sentuh Bukan Mahram


Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad menjelaskan bahawa demi menjaga batasan daripada bersentuhan dengan wanita bukan mahram, beliau telah menolak beberapa tawaran berlakon filem dan drama. Tegasnya, tindakkannya itu adalah sebahagian cabaran untuknya selepas pulang menunaikan ibadah haji September tahun lalu.
“Saya banyak tolak tawaran berlakon drama dan filem kerana masa yang tidak sesuai dengan komitmen sebagai pengacara beberapa program.Selain itu, saya mahu menjaga batas antara lelaki dengan wanita bukan mahram, kalau berlakon susah nak elak terutama jika ada adegan bersentuhan”
“Saya tidaklah berubah secara drastik, saya lebih suka orang selesa dengan saya dengan cara begini seperti Nabil yang dulu. Biarlah orang tidak nampak perubahan saya,” katanya kepada m Star Online.

Nabil memberitahu, beliau melakukan semua ini bukanlah dengan niat untuk berlagak alim sebaliknya memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Nabil juga mendedahkan bahawa kini beliau sedang mendalami ilmu agama dengan mengaji Al-Quran secara persendirian di rumah dengan seorang ustaz yang akan datang ke rumah dan mengajar mereka sekeluarga. Tambahnya, isterinya tiada masalah untuk mengajarnya, cuma jika isteri yang mengajarnya, nanti asyik ketawa sahaja.

Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.