Header Ads

Lawak Ke Der 2016


Pastinya para peminat genre komedi tanah air tidak sabar untuk menonton pementasan Lawak secara live oleh pelawak terkenal tanah air. Terbaru syarikat produksi Tall Order milik Datuk Hans Isaac tampil sekali lagi membawa segerombolan pelawak terkenal dan terkemuka ke pentas Istana Budaya bermula 5 hingga 8 Mei ini.

Program lawak secara ‘live’, Lawak Ke Der kini tampil untuk edisi 2016 yang mana merupakan musim kelima dipentaskan dan masih menampilkan muka-muka pelawak profesional seperti Harith Iskander, Afdlin Shauki dan Douglas Lim.

Selain nama-nama tersebut, pelawak lain yang turut bersama barisan senior ialah Nabil Ahmad, Bocey, Sherry Alhadad, Rayza Mukmin, Jihan Muse dan Syuk Balas bagi menambahkan variasi lawak dalam penjenamaan Lawak Ke Der 2016.

Bagi peminat Lawak Ke Der, tiket boleh didapati dengan harga RM48, RM88, RM118, RM168, dan RM188 di www.airasiaredtix.com atau di kaunter Box Office Istana Budaya.

Datuk Hans Isaac bersama pelawak-pelawak LKD 2016

Senarai Peserta Lawak Ke Der:

  • Harith Iskander
  • Afdlin Shauki
  • Douglas Lim
  • Bocey
  • Sherry Alhadad
  • Rayza Mukmin
  • Jihan Muse
  • Syuk Balas

Pengacara / Hos Program

  • Nabil Ahmad
Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.