Header Ads

Hafidz Roshdi Sah Berkahwin dengan Tunangnya


Tahniah diucapkan kepada pelakon utama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi yang baru sahaja selamat berkahwin bersama pasangannya Nurul Shuhada Binti Mat Shukri sebentar tadi.

Majlis yang diraikan secara sederhana itu berjalan dengan lancar dan sempurna pada jam 11.00 pagi, 30 April 2016 di Perlis dan telah dihadiri oleh keluarga dari kedua-dua belah pihak.

Hafidz menjelaskan bahawa dia dan Shu telah berkawan lebih dari 3 tahun iaitu sebelum mereka menceburi bidang lakonan lagi dan mengenalinya semasa sama-sama menuntut di Malaysia Science University di Shah Alam.

Sebelum ini kecoh berkenaan kisah perbalahan antara Hafidz dan juga pasangannya dalam drama TPI iaitu Uqasha Senrose.

Perbalahan itu berpunca daripada tindakkan Uqasha yang menggelar Hafidz bersikap kebudak-budakkan selepas Hafidz menjelaskan tunangnya berasa cemburu dengan kemesraannya dengan uqasha.

Moga bahagia hingga ke jannah. Amin.
Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.