Header Ads

Hafidz Roshdi Bertunang dengan Teman Zaman Sekolah



Pelakon baharu yang meningkat naik namanya selepas membintangi drama Tundukkan Playboy Itu, iaitu Hafidz Roshdi mendedahkan kepada portal Mstar bahawa dia sudah bertunang .

Menurutnya, dia telah bertunang dengan seorang pelajar kolej swasta dan majlis tersebut telah berlangsung pada 5 Disember 2015.

Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 22, bagaimanapun berkata, dia tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat berikutan wanita itu juga masih menuntut peringkat peringkat ijazah.

"Saya sudah bertunang Disember tahun lalu dengan seorang wanita yang saya kenali sudah lima tahun semenjak kami di zaman sekolah lagi.

"Dia berasal dari Kedah dan kami merancang untuk berkahwin dalam setahun atau dua tahun lagi. Buat masa ini saya belum bersedia untuk mendedahkan identiti dia kepada umum termasuk di laman sosial," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Hafidz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gambar pertunangannya yang tersebar di internet.

Hafidz membintangi drama Tundukkan Playboy Itu yang bersiaran di slot Akasia TV3 bersama pelakon Uqasha Senrose dan Alif Satar.

Tahniah diucapkan kepada Hafidz, semoga pertunangan ini berjaya hingga ke jinjang pelamin.

Baca: Biodata dan Gambar Hafidz Roshdi Pelakon Tundukkan Playboy Itu

Gambar pertunangan Hafidz Roshdi dan tunangnya yg tersebar
Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.