Header Ads

Top 10 Artis Paling Berpengaruh di Instagram


Instagram merupakan antara laman sosial yang mempunyai pengguna yang paling ramai di dunia yang mana ia digunakan sebagai medium perkongsian gambar.Bagi mendapatkan update terkini tentang seseorang itu, kita  perlu mengikut atau menjadi follower kepada  IG tersebut. Bilangan follower menjadi pengukur kepada kekuatan seseorang di instagram, semakin banyak follower maka semakin popularlah seseorang itu. Kebiasaannya golongan artis dan elit antara golongan yang mempunyai bilangan follower yang palng ramai. Namun golongan biasa atau pertengahan juga boleh memiliki akaun instagram ini, malah mereka juga mampu mendapatkan follower yang ramai jika keatif dalam membuat posting menarik.

Instagram juga adalah medium untuk selebriti berkongsi aktiviti harian dan perkembangan terbaru jika menghasilkan lagu baru atau berlakon untuk drama terbaru. Melalui Instagram, merekan dapat menyampaikan update terbaru dengan pantas dan jelas kepada peminat.Instagram juga adalah medium pengiklanan yang paling efektif dan ramai artis mengambil kesempatan ini untuk mereka mempromosikan produk atau membuat review. Di sini, kami senaraikan 10 orang artis yang mempunyai pengikut yang paling ramai di Instagram:

1. NORA DANISH (@noradanish) 3 Juta

Pelakon cantik ini menjadikan Instagram miliknya sebagai medium untuk berkongsi aktiviti hariannya sebagai ibu tunggal dan juga kekasih kepada Nedim.Nora Danish meraih populariti luar biasa di laman sosial Instagram kerana menjadi artis paling ramai pengaruh apabila mempunyai pengikut tertinggi iaitu seramai 3 juata orang follower.Nora banyak memuatkan gambar-gambar aktiviti hariannya termasuklah ketika penggambaran dan juga semasa melancong ke luar negara.Dia juga tidak menyembunyikan hubungannya dengan Nedim Nazri iaitu anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz apabila turut memuat naik gambar mereka bersama. Jumlah status (posts) yang dikongsi Nora setakat ini ialah sebanyak 13,762.


2. EMMA MAEMBONG (@emma_maembong) 2.8 Juta
Emma Maembong yang juga bekas Kekasih Zizan Razak ini merupakan pelakon dan model. Dia sibuk mempromosikan jenama hijab miliknya di akaun peribadi instagram beliau. Terbaru Emma juga telah memperkenalkan produk yang dikenali sebgai emmamaembongbubble iaitu sabun untuk kecantikan. Emma juga sering menguploud gambar terbarunya yang biasanya berkaitan kehidupan hariannya sebagai selebriti popular. Jika emma terlibat dengan drama terbaru, dia akan membuat post yang bertujuan untuk mempromosi drama itu. Emma juga banyak membuat review iklan di atas permintaan syarikat tertentu. Jumlah status (posts) yang dikongsi Nora setakat ini ialah sebanyak 3,728.

3. Datuk Siti Nurhaliza (@ctdk) 2.5 Juta
Datuk Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi popular tanah air dan juga usahawan berjaya dengan menghasilkan produk Simply Siti. Siti Nurhaliza pula banyak mengabadikan aktiviti harian dengan memuat naik rakaman video ketika membuat persembahan, rakaman di studio, aktiviti riadah dan juga ketika di dapur. Siti juga ada membuat posting tentang keluarganya serta suamin Datuk K. Malah Siti turut berkongsi cerita masakannya dengan peminat dan juga makanan yang dipilih ketika sarapan. Jumlah status (posts) yang dikongsi Nora setakat ini ialah sebanyak 5,205.


4. ZIZAN RAZAK (@zizanrazak869) 2.5 Juta
Abdul Razak Mohammad Razizan atau di kenali sebagai Zizan Razak merupakan seorang bintang komedi yang sangat popular. Zizan juga melibatkan diri sebagai sebagai pengacara, usahawan, penyanyi dan juga pelakon. Malah Zizan turut mengunakan instagram untuk mempromosi perniagaannya seperti zizan mall. Satu-satunya pelakon lelaki yang tersenarai antara lima teratas ialah pelawak Zizan Razak yang mempunyai pengikut seramai 2.5 Juta orang follower. Jumlah status (posts) yang dikongsi Nora setakat ini ialah sebanyak 2,136.



5. NOOR NEELOFA (@neelofa) 2.4 Juta
Pelakon cantik Neelofa selalu menggunakan Instagram untuk mempromosikan hijab miliknya iaitu Neelofar Hijab. Dia turut membuat posting berkenaan rutin hariannya sebagai artis. Semua program yang beliau terlibat seperti lakonan ataupun pengacaraan akan diupload ke IG miliknya itu. Neelofa juga sering membuat posting gambarnya ke luar negara atas urusan perniagaan ataupun bercuti. Jumlah status (posts) yang dikongsi Nora setakat ini ialah sebanyak 3,837.

6. SCHA ALYAHYA (@schaalyahya) 2.4 Juta
Ibu kepada Lara Alana ini selalu berkongsikan aktiviti harian dan gambar anaknya yang comel bersama peminat. Scha juga turut membuat promosi drama lakonannya melalui instagram. Jumlah status (posts) yang dikongsi Nora setakat ini ialah sebanyak 4,236.

7. LISA SURIHANI (@iamlisasurihani) 2.2 Juta
Lisa Surihani sering mendapat perhatian di laman sosial media dan tidak lokek untuk berkongsi gambar bersama dengan peminat detik manis bersama suami tercinta, Yusry Kru.Lisa Surihani pula menggunakan medium laman sosial itu dengan memuat naik pelbagai jenis gambar termasuklah pemandangan, aktiviti percutian bersama suami,  dan juga gambar bersama rakan-rakan artis.Tidak ketinggalan gambar di set penggambaran untuk dikongsi dengan peminat.Lisa turut mengunakan Instagram miliknya dengan memasukkan rakaman video aktiviti-aktiviti terpilih. Pelakon ini telah memuat naik staus sebanyak 4,434.

8. ELFIRA LOY (@elfiraloy) 2.2 Juta
Nurul Elfira Loy  juga turut menjadikan instagram miliknya sebagai medium pengiklanan efektif dengan mempromosikan produk baru dan membuat review sesuatu produk. Jumlah status (posts) yang dikongsi Nora setakat ini ialah sebanyak 4,340.


9. AWAL ASHAARI (@awalashaari) 1.9 Juta
Ahmad Awaluddin Ashaari merupakan suami kepada Scha Alyahya. Awal banyak berkongsikan gambar aktiviti kerjayanya sebagai seorang selebriti terkenal termasuk gambar dan video anaknya Lara di Instagram beliau. Jumlah status (posts) yang dikongsi Nora setakat ini ialah sebanyak 5,290.


10. FAZURA (@missfazura) 1.8 Juta
Gadis jelita ini merupakan aktres, vj, hos, model  dan penyanyi popular di Malaysia. Fazura juga sering berkongsi berita terkini di laman instagram peribadinya. Jumlah status (posts) yang dikongsi Nora setakat ini ialah sebanyak 4,005.



Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.