Header Ads

Drama Inikah Cinta [2016] Dahlia TV3


Drama terbaru di slot Dahlia TV3, Drama Inikah Cinta akan ditayangkan sebanyak 14 episod  menggantikan drama Anakku Diva yang telah sampai ke episod akhir. Drama hebat ini dibintangi oleh pelakon yang senang naik iaitu Niezam Zaidi dan Farah Nabila. Drama terbitan Uniutama Management Holdings Sdn Bhd ini diarahkan oleh pengarah Ahmad Khalid Ahmad dan akan disiarkan setiap Jumaat hingga Ahad pada pukul 6.58 petang.


Details
Tajuk:  Inikah Cinta
Genre: Drama Cinta Komedi
Tarikh Tayangan: 31 Januari 2016
Hari Tayangan: Jumaat - Ahad
Masa Tayangan: 6.58 Petang
Saluran: Dahlia TV3
Episod Penuh: 14
Pengarah: Ahmad Khalid Ahmad
Terbitan: Uniutama Management Holdings Sdn Bhd
Pelakon
Niezam Zaidi sebagai Muammar 
Farah Nabila sebagai Rose Adeline 
Aweera sebagai Aizat
Fizz Fairuz sebagai En. Mizan
Syainie Aida sebagai Puteri
Jasmin Hamid sebagai Dr Dahlia
Kazar Saisi sebagai Hj Zahari
Zee Zainal sebagai Muzamil
Sinopsis Drama Inikah Cinta
Drama Inikah Cinta ini mengisahkan tentang Muammar (Niezam Zaidi) yang baru melangkah ke alam universiti dan bergelar mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM). Muammar turut berasa sungguh gembira apabila berjaya mendaftar dengan kelab fotografi di universiti tersebut. Tambahan lagi dia baru sahaja membeli kamera DSLR baru menggunakan duit simpanannya. Muammar sememangnya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang fotografi.

Perlantikkan Rose Adeline (Farah Nabilah) sebagai pengerusi kelab fotografi mengecewakan beberapa orang pelajar lain termasuk rakan baik Muammar yang bernama Aizat. Rose yang merupakan anak kepada pensyarah di fakulti undang-undang. Namun begitu Muammar mula jatuh cinta kepada Rose apabila terpesona dengan kecantikkan yang dimiliki olehnya. Muammar cuba mengorak langkah untuk memikat hati Rose dengan melakukan tugasan yang diberikan kepadanya. Muammar sentiasa cuba mencuri hati Rose namun perasaannya tidak pernah dilayan. Rose sebenarnya terlalu fokus untuk menghasilkan sebuah formula baharu untuk mencipta minyak wangi yang memerlukan pelbagai ekstrak spesis bunga.

Suatu hari, sewaktu menjalankan aktiviti pertama kelab fotografi iaitu sesi fotoshoot di Gunung Jerai, Muammar menyatakan perasaan cintanya kepada Rose. Rose merasakan Muammar mungkin ingin mempermainkannya. Namun bagi memastikan niat Muammar, Rose mengenakan sebuah syarat yang perlu Muammar laksanakan. Muammar terlebih dahulu perlu mencari pelbagai spesis bunga iaitu sebanyak 3000 kuntum bunga. Kini Muammar berhadapan dengan cabaran dengan janjinya mendapatkan bunga-bunga yang sukar ditemuinya.

Manakala Rose pula telah dilanda dilema setelah ibunya, Dr Dahlia (Jasmin Hamid) memintanya menukarkan pengajian Rose ke Dublin. Sementara Muammar berusaha melaksanankan janjinya, Rose juga mula berfikir sama ada dia mampu mencintai Muammar atau hanya mempergunakan keikhlasan Muammar. Dia perlu membuat keputusan yang tepat supaya tiada orang yang akan terluka dengan keputusan yang dipilih olehnya nanti.

Adakah cita-cita Rose menghasilkan minyak wangi tercapai? Mungkinkah Rose mampu mencintai Muammar? Dapatkah Muammar memenuhi permintaan Rose?


Pelakon Utama Niezam Zaidi dan Farah Nabila

Barisan Pelakon

Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.