Header Ads

Senarai Peserta Mentor Milenia [2016] TV3


Kepada peminat rancangan Mentor, pasti mengujakan apabila rancangan realiti Mentor kembali dengan nama baru iaitu Mentor Milenia. Menampilkan barisan mentor muda iaitu Akim, Hazama, Azlan, dan Black untuk membimbing protege pilihan mereka menjadi seorang bintang. Pastinya Mentor kali ini lebih meriah kerana di jayakan oleh mentor-mentor yang sangat cemerlang dalam bidang nyanyian.

Mentor Milenia bakal disiarkan bermula 3 Januari 2016, setiap Ahad jam 9 malam. Dihoskan oleh gandingan hebat Issey Fazlisham dari kumpulan Titan dan Marsha Milan Londoh.Lebih mengujakan, 'Mentor Milenia' akan dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku Penaja Utama manakala Tonton sebagai Geng Digital dan Hot FM sebagai Radio Rasmi. Seperti semua sedia maklum, jika Datuk Seri Vida menaja sesuatu program atau rancangan hiburan, maka pihat produksi perlu mengikut segala kehendaknya. Milenia merupakan satu produk baru keluaran Syarikat DSV.

Dato Seri Vida selaku penaja utama
Episod pertama akan memaparkan kerenah dan ragam peserta yang hadir ketika sesi uji bakat yang telah dilakukan pada Disember lepas. Pada minggu seterusnya pula akan berlangsung pula dua konsert pengenalan yang mana tiga peserta pilihan mentor akan berentap untuk merebut dua tempat protege bagi mentor masing-masing. Selepas itu, lapan protege yang berjaya akan bertanding dalam lima konsert mingguan untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

Mentor Milenia bakal diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral dan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3 pada setiap hari Ahad jam 9 malam. Penonton juga turut berpeluang melihat aktiviti mentor dan protege menerusi ‘Jurnal Mentor Milenia’ yang akan disiarkan bermula 10 Januari, setiap Ahad jam 6.02 petang. Penonton yang terlepas menyaksikan program ini masih boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Namun di antara tiga pilihan awal itu hanya seorang sahaja yang akan bertuah untuk menjadi protege tunggal 'Mentor Milenia'.

SENARAI PESERTA MENTOR MILENIA

Mentor : Hazama
1. Muhammad Fareez Hazwan, 18,
2. Nurul Amira Mat Nasir, 20
3. Iqbal Jaafar, 20

Mentor: Azlan Typewriter
Sharifah Nurilmuhayati Syed Hussain, 17
Nur Izzati Mohd Rashid, 21
Siti Wan Ainnur Mohd Redzuan, 17

Mentor : Akim
Muhammad Afeeq Farhan Zulkifli, 20
Nur Saheeba Raja Iftikhar Ahmed Khan, 20
Yusmeerunafishah Yusof, 20

Mentor : Black
Nurul Syazwanie Mohd Basri, 21
Rossaidi Abdul Rani, 21
Ridzuan Haqiem Rusli, 17
Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.