Header Ads

Pelawak Lee Gook Joo Minta Ciuman Dari Kim Jong Kook di SBS Entertainment Award 2015


Di dalam majlis  penghargaan bertajuk SBS Entertainment Award 2015, pelawak Lee Gook Joo melakukan persembahan untuk menghiburkan para tetamu yang hadir.

Dalam majlis tersebut, Lee Guk Joo bersama bersama rakannya Hong Yoon Hwa dan Park Ji Hyun yang mengenakan pakaian ala girlgroup melakukan persembahan dimana mereka menari dan menyanyi diatas pentas tersebut.

Trio pelawak ini membawakan lagu diantaranya ‘Me Gustas Tu’ dan Heart Attack sambil berinteraksi dengan para penonton yang hadir. Suasana menjadi lebih meriah apabila Lee Gook Joo bertindak menarik Kim Jong Kook ahli Running Man untuk menyanyi bersama dengannya diatas pentas.

Tidak lama kemudian, Gook Joo secara spontan meminta sebuah kucupan daripada Jong Kook menyebabkan hadirin yang hadir tertawa. Jong Kook pada mulanya tidak memberi respons, namun terpaksa memcium juga selepas dipasa Gook Joo.

Tidak terhenti disitu saja, diakhir persembahan Lee Gook Joo mengungkapkan sebuah ucapan yang kembali membuat para penonton tertawa. “Oppa, apakah kamu merancang pergi ke Hawaii untuk bulan madu kita?” kata Lee Gok Jo yang disambut tawa oleh penonton.


 
Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.