Header Ads

Lagu Korea OST Cinta Teruna Kimchi (Lagu Tema)


Drama terbaru Cinta Teruna Kimchi merupakan drama yang lain daripada drama sebelum ini kerana drama ini menambahkan sedikit elemen dan budaya Korea dalam cerita ini. Pelakon utama iaitu Nazim Othman juga bertutur dalam bahasa korea. Terdapat beberapa babak dilakonkan di Korea Selatan bersama pelakon yang juga dari Korea. Selain itu, terdapat beberapa lagu Korea dijadikan lagu latar ataupun OST.

Pasti ramai yang tertanya-tanya lagu Korea apa yang jadi lagu tema dalam drama terbaru di TV3 Slot Zehra kan? Dahla berlakon kat Korea, pelakon pun cakap Korea, lepas itu lagu pun nak Korea. haha.

Selepas tonton cerita ini pada minggu pertama, ada tiga lagu Korea yang admin perasan. Mari dengarkan lagu tema tersebut. Lagu tersebut bukanlah lagu sebarangan kerana kebanyakkan lagu ini telah dijadikan OST untuk drama Korea terhebat.

Info drama Cinta Teruna Kimchi boleh baca disini

1. F.T Island - You Are Love



Lagu You Are Love ni dinyanyikan oleh kumpulan yang sangat popular di Korea Selatan iaitu FT Island. Lagu ni dimainkan sewaktu habis lagu Opening episod 1 dan banyak lagi scene yang guna lagu ini. Lagu ini dilihat sedikit rancak dan dinamik, biasanya muncul apabila situasi yang agak ceria dan harmoni. Terdapat juga bahagian lagu ini yang kelihatan sangat sayu dan sedih.

2. Seo Eun Kwang (BTOB) & Miyu - I Miss You



Kalau tengok tajuk lagu pun dah tahu ni lagu sedih. Dalam drama ini lagu ni muncul bila ada babak sedih-sedih si Hero Kang Ye Jun lakonan Nazim Othman. Penonton akan merasa sedikit sebak apabila melihat si hero dalam keadaan sedih tambahan lagi dimainkan lagu I Miss You ini. Jangan nangis ya. Lagu ini pernah dijadikan OST untuk drama Korea MASK.

3. Bite My Lower Lip - Esna



lagu ini mempunyai melodi yang mendatar dan sesuai untuk keadaan yang tenang. Dalam drama ini, lagu ini dimainkan sewaktuk babak kawan wanita Korea Kang Ye Jun datang kepadanya di taman untuk memberikan duit belanja pembelajaran di Universiti. Lagu ini pernah dijadikan OST untuk drama korea The Heir lakonan bintang Lee Min Ho
Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.