Header Ads

Amar Baharin Akui Meminati Bidang Nyanyian


Nampaknya drama bersiri Tersuka Tanpa Sengaja telah sampai ke episod akhir semalam, dimana kita boleh lihat happy ending antara Farhah dan Dr Syed Arif. Pastinya peminat tertanya-tanya siapakah penyanyi lagu Cinta Kita OST Drama itu. Rupa-rupanya Cinta Kita merupakan duet pelakon popular Amar Baharin dan Amyra Rosli yang turut berlakon dalam drama ini.

Amar telah berkongsi sedikit kisah penglibatannya sebagai penyanyi lagu itu dimana lagu tersebut merupakan projek khas yang dilakukan oleh penerbit drama itu, Suhan Movies & Trading. “Pada awalnya, saya perlu menyanyikan lagu itu bersama Emma Maembong, tetapi kerana dia tidak dapat melakukannya, jadi Amyra terpaksa menggantikan Emma,” katanya.

Emma Maembong
Menurut Amar, dia sememangnya meminati bidang nyanyian sejak dahulu lagi. Malah Amar juga berkebolehan bermain gitar dan drum. Bagi Amar, peluang yang dimilikinya sekarang ini tidak patut untuk dilepaskan kerana dia memang berhasrat untuk menjadi penyanyi. Jelasnya, dia turut merancang menjadikan bidang nyanyian karier keduanya selepas ini.

“Impian saya sejak dulu untuk memiliki sebuah kumpulan nyanyian. Bagaimanapun rezeki saya dalam bidang lakonan datang dahulu, terpaksalah saya ketepikan minat terhadap muzik. “Siapa tahu, sekarang masa tepat untuk saya realisasikan impian tersebut. Lagipun, peminat mula menerima saya sebagai penyanyi,” katanya.

Lagu Cinta Kita merupakan permulaan baik baginya mendekatkan diri sebagai penyanyi. “Syukur sangat ia diterima dan mendapat respons baik. Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini,” tambahnya lagi.
Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.