Header Ads

Akim dan Majistret Potret Juara Anugerah Juara Lagu ke 30 (AJL 30)


Malam tadi menentukan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Anugerah Juara Lagu ke 30 (AJL 30) dan jawapannya berakhir apabila lagu yang berjudul Potret nyanyian Akim & Majistret bergelar juara & membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.

Manakala naib juara telah disandang oleh Faizal Tahir menerusi lagu Assalamulaikum dan tempat ketiga pula dimenangi oleh lagu yang berjudul Hanya Namanu nyanyian Caliph Buskers dan berjaya menerima wang tunai berjumlah RM 20,000.

Anugerah persembahan vokal terbaik dimenangi oleh Dayang Nurfaizah dengan lagu Tak Pernah Menyerah dan persembahan terbaik pula dimenangi oleh Akim & The Majistret menerusi lagu Potret membawa wang tunai RM12,000 dan trofi. Tahniah kepada para pemenang AJL ke 30!

Baca: Keputusan Penuh Ajl30
Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.