Header Ads

Remember – War of the Son [2015] K-Drama


Drama Korea terbaru berjudul “Remember – War of the Son” ini merupakan salah satu serial drama yang akan menjadi penutup bagi tahun 2015 ini. Drama ini dibintangi oleh Yoo Seung Ho yang kita tahu baru saja menyelesaikan tugas militarinya selama 2 tahun. Heroin pula dimainkan oleh pelakon kecil comel iaitu Park Min Young yang sebelum ini melakonkan watak Chae Young Shin dalam drama Healer. Sesuai dengan judulnya, drama  “Remember – War of the Son” ini berkisah tentang seseorang yang ingatannya mulai hilang akibat penyakit Alzheimer. Apakah yang akan berlaku pada kisah mereka berdua ini? Ayuh saksikan cerita menarik ini.


Details
Tajuk: Remember – War of the Son
Hangul: 리멤버 – 아들의 전쟁
Genre: Melodrama
Hari Tayangan: Rabu & Khamis
Tarikh Tayangan: 9 Disember 2015
Episod Penuh: 16 Episod
Siaran: SBS
Penulis: Yoon Hyun-Ho
Pengarah: Lee Chang-Min
Pelakon
Park Min-young as Lee In-ah
Yoo Seung-Ho as Seo Jin Woo
Park Sung-woong as Park Dong-ho
Namgung Min as Nam Gyoo-man
Jung Hye-sung as Nam Yeo-kyung
Sinopsis
“Remember – War of the Son” mengisahkan tentang pemuda bernama Seo Jin Woo (Yoo Seung-Ho) yang mengalami Hyperthymesia, keadaan dimana dia dapat mengingat hampir seluruh peristiwa setiap harinya secara terperinci dan sempurna. Dia mempunyai keluarga yang lengkap,namun begitu emak dan abangnya telah maut dalam kemalangana. Dia kini tinggal bersama ayahnya iaitu Seo Jae-Hyuk. Ayahnya itu menghidapi penyakit Alzheimer.

Ayahnya dituduh merogol dan membunuh seorang gadis dimana sebenarnya pembunuh yang sebenar adalah Nam Gyoo-man (Namgung Min). Nam Gyoo Man merupakan CEO sebuah syarikat yang mempunyai kuasa. Dia menggunakan kuasanya untuk memanipulasikan keputusan mahkamah berkenaan kes pembunuhan tersebut supaya tidak melibatkannya. Seo Jin Woo telah meminta bantuan peguam Park Dong Ho untuk membebaskan ayahnya. Namun begitu Park Dong Ho mengubah fikiran di saat akhir dan membiarkan Ayah Jin Woo dijatuhkan hukuman mati. Park Dong Ho kemudiannya bekerja di firma guaman milik Nam Gyoo Man.

Untuk membuktikan bahawa ayahnya tidak bersalah, Woo-Bin menjadi seorang peguam. Dia berusaha untuk membuktikan bahawa ayahnya memang tidak bersalah. Dia telah membongkar satu persatu jenayah yang dilakukan oleh Nam Gyoo Man. Dia juga telah membalas dendam terhadap semua pihak yang terlibat dalam kes Ayahnya itu. Seo jin Woo telah dibantu oleh rakannya Lee In-ah yang merupakan pendakwa raya. Dalam melaksanakan misi balas dendam, Seo Jin Woo mulai kehilangan ingatannya kerana penyakit Alzheimer.



Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.