Header Ads

Kill Me, Heal Me [ 2015] K-Drama


Drama Korea Kill Me, Heal Me merupakan drama terbaik untuk tahun 2015 ini. Jalan cerita yang menarik dan kisah lucu yang ditampilkan oleh Ji Sung dalam mengawal kesemua watak yang dimiliki itu menbuatkan penonton akan tertawa. Ditambah lagi dengan gelagat Hwang Jung Eum yang selalu dikacau Hero apabila berubah menjadi Shin Se Gi. Kedua-dua mereka pernah digandingkan bersama dalam Drama 'Secret Love' yang juga mendapat sambutan daripada peminat cerita korea.


Details
Tajuk: Kill Me, Heal Me
Hangul: 킬미, 힐미
Genre: Romantik, Komedi
Hari Tayangan: Rabu & Khamis
Tarikh Tayangan: 7 Januari 2015 - 12 Mac 2015
Episod Penuh: 20 Episod
Siaran: MBC
Penulis: Jin Soo-Wan
Pengarah: Kim Jin-Man
Pelakon
Ji Sung Sebagai Cha Do Hyun / Shin Se Gi / Ferry Park / Ahn Yo Sub / Ahn Yo Na / Nana / Mysterious X
Hwang Jung Eum Sebagai Oh Ri Jin
Park Seo Joon Sebagai Oh Ri On
Oh Min Suk Sebagai Cha Ki Joon
Kim Yoo Ri Sebagai Han Chae Yun
Sinopsis
Kill me heal me, drama yang bercerita tentang seorang lelaki menderita penyakit DID syindrom (Dissociative Identity Disorder), dimana terdapat watak lain dalam diri seseorang yang terjadi akibat trauma dimasa lalu. Mempunyai banyak personaliti membuatkan Cha do hyun selalu ditimpa kesusahan.

Cha do hyun, merupakan seorang cucu dari pengusaha kaya. sewaktu kecil dia hampir meninggal namun terselamat dari kebakaran yang terjadi di rumahnya, dan kemudiannya berpindah ke Amerika.

Walaupun kehidupannya kelihatan sempurna, namun teryata dia terseksa dengan penyakit DID syindrom itu. Dimana dia memiliki pelbagai watak yang pelik, iaitu sebanyak enam watak yang berlainan. Masing masing adalah Shin se gi, Yo ji sub, Im yoona, Na Na, dan Ferry park. Terbaru munculnya watak baru iaitu 'Mr.X'. Setiap watak mempunyai perangai yang berbeza-beza terutamanya Shin Se Gi yang merupakan watak ganas dan selalu mencetuskan kekacauan.

Dan kini, Cho dae hyun telah kembali ke Korea. Untuk menyembunyikan keadaan dirinya itu, dia memerlukan doktor peribadi, Oh ri jin kemudian diperkenalkan untuknya. Keadaan menjadi lebih rumit apabila Shin Se Gi telah jatuh hati kepada Oh ri jin. Berlaku pergaduhan antara watak Cho Dae Hyun dan Shin Se Gi disebabkan wanita tersebut. Namun siapa yang menduga, wanita itu adalah penyebap utama DID yang dideritanya.

Berani menghadapi masa lalu adalah satu satunya yang harus mereka lalukan untuk mendapatkan menyembuhkan penyakit itu, namun apa yang terjadi sekiranya kesembuhan itu harus dibayar dengan kenangan menyakitkan dari yang lain. Apakah yang akan berlaku kepada semua personaliti yang ada dalam diri Cho Dae Hyun?




Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.