Header Ads

Healer [2015] K-Drama


Drama Korea Healer adalah antara drama korea yang menjadi fenomena di tahun 2015 ini. Cerita yang padat dengan aksi Hero yang digelar Healer dimainkan oleh  Ji Chang Wook dalam mempertahankan teman wanitanya daripada ancaman orang jahat. Turut disajikan juga aksi lucu yang dimainkan oleh bintang Park Min Young semestinya mencuit hati penonton.



Details
Tajuk: Healer
Hangul: 힐러
Genre: Aksi, Komedi
Hari Tayangan: Isnin & Selasa
Tarikh Tayangan: 8 Disember 2014- 10 januari 2015
Episod Penuh:20 Episod
Siaran: KBS2
Penulis: Song Ji-Na
Pengarah:  Lee Jung-Sub
Pelakon
Ji Chang Wook Sebagai Seo Jung Hoo/Park Bong Soo/Healer
Park Min Young Sebagai Chae Young Shin/Oh Ji An
Yoo Ji Tae Sebagai Kim Moon Ho
Sinopsis
Healer mengisahkan seorang bernama Seo Jung Hoo yang bekerja sebagai lelaki suruhan yang diupah untuk melakukan apa sahaja dengan code nama Healer. Suatu hari ada pihak jahat memerangkap healer dan dia dituduh membunuh. Seo Jung Hoo terpaksa berhenti seketika dalam kegiatannya itu.

Sementara itu, Kim Moon Ho merupakan wartawan yang sangat dikenali dan bekerja satu syarikat penyiaran. Dia menjalankan siasatan secara sulit tentang kes yang melibatkan sekumpulan orang yang menjalankan aktiviti di sebuah stesen penyiaran secara haram. Kemudian Kim Mooh Ho dengan sengaja mendekati orang-orang yang terlibat di dalam kes ini untuk membantu mereka menyelesaikan kes yang telah lama menjadi misteri ini.

Dalam usaha menyelesaikan kes ini, Kim tidak sendirian kerana dia dibantu oleh seorang reporter internet Chae Yong Shin dan Seo Jung Hoo seorang pemuda misteri yang dikenali sebagai "Healer" yang handal dalam bertempur. Healer juga telah mengetahui sedikit demi sedikit rahsia kisah silam yang mempunyai kaitan dengan ayahnya. Kim Moon Ho juga terlibat sama dalam kisah lampau itu dan megetahui banyak rahsia.

Mereka bertiga saling bekerjasama untuk menyelesaikanp kes lama tersebut. Dalam masa yang sama, Healer menyamar menjadi pembantu wartawan bekerja dengan Chae Yong Shin untuk menemukan kebenaran. Tidak lama kemudian Chae Yong Shin telah jatuh cinta dengan Healer. Healer selalu membantu Chae Yong Shin yang selalu ditimpa bahaya. Healer juga menkaji semula kisah kematian ayahnya yang mempunyai kaitan dengan kisah lama itu.

Bagaiamakah cerita selengkapnya tentang perjuangan mereka dalam mengungkap kes ini ?




Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.