Header Ads

Drama Tersuka Tanpa Sengaja [2015] Astro


Drama Tersuka Tanpa Sengaja merupakan sebuah drama adaptasi novel yang mula ditayangkan di Astro Ria dan Astro Ria HD bermula 7 Disember 2015. Drama ini diarahkan oleh pengarah Keoi Haji Khalid dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Genre drama ini adalah romantik komedi, Drama TTS akan bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam.

Cerita ini merupakan antara drama yang mendapat sambutan pada tahun ini. Lakonan Emma Maembong yang sangat pandai menghayati watak pastinya membuatkan penonton terpukau. Apatah lagi sebelum ini cerita lakonan Emma iaitu Isteri Separuh Masa menjadi bualan orang ramai. Drama ini lebih bertambah menarik apabila dilakonkan oleh Amyra Rosli dan Amar Baharin yang sememangnya selalu digandigkan bersama.

Novel Tersuka Tanpa Sengaja

Details
Tajuk: Tersuka Tanpa Sengaja
Genre: Romantik komedi, Drama
Tarikh Tayangan: 7 Disember  2015
Hari Tayangan:  Isnin hingga Khamis
Masa Tayangan: 10:00 malam
Saluran:  Astro Ria dan Astro Ria HD
Episod Penuh: 16 Episod
Pengarah: Keoi Haji Khalid
Terbitan: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. 
Pelakon
Amar Baharin, Emma Maembong, Amyra Rosli, Hafreez Adam, Yusri Saleh, Nor Azifah Abidin, Adik Mirza Adam, Natasha Elyzza, Kuza, Watie Sadali, Azri Iskandar, Ajeera Rosli, Faye Kusairi
Sinopsis
Drama Tersuka Tanpa Sengaja mengisahkan tentang Farhah (Emma Maembong) yang membuat keputusan meninggalkan segala kekayaan akibat berselisih faham dengan ayahnya. Farhah merasakan seperti dirinya tersisih jika dibandingkan dengan adik tirinya bernama Katrina (Amyra Rosli). Farhah menjadi kurang senang bila ayah kandungnya ingin menjodohkannya dengan seorang doktor dengan alasan untuk menjaga emak tirinya yang sakit.

Suatu hari Farhah bertemu dengan dengan Doktor Syed Arif (Amar Baharin) dan tercetus konflik antara mereka akibat perbezaan pendapat. Namun konflik tersebut membuatkan Syed Arif mula terpikat dengan Farhah dan bertindak melamarnya.

Pada awalnya lamaran Syed Arif ditolah Farhah tetapi kerana ingin mengelak dari mengahwini sepupunya, Farhah akhirnya bersetuju menerima lamaran Syed Arif. Tetapi Farhah terpaksa berkahwin tanpa berwalikan ayah kandungnya akibat tidak mendapat persetujuan.

Setelah berkahwin, Farhah cuba untuk mencintai Syed Arif namun dugaan pula muncul tiba. Syed Arif sebenarnya merupakan calon menantu pilihan yang pernah ayah Farhah ingin menjodohkannya dulu. Dan masa itu ketika dia menolak, ayahnya bertindak menjodohkan dengan Katrina pula. Pada waktu itu Katrina juga menolak tetapi kini bila Katrina mendapat tahu bahawa Syed Arif dan Farhah telah berkahwin, dia merancang untuk meruntuhkan rumah tangga mereka pula.

Apa akan berlaku seterusnya kepada rumahtangga Syed Arif dan Farhah? Dapatkah Katrina memusnahkan rumahtangga mereka? Apa pula yang akan Syed Arif lakukan bila mendapat tahu Farhah adalah wanita yang pernah menolak untuk dijodohkan bersamanya dahulu?





Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.