Header Ads

Drama Memori Cinta Suraya [2015] Astro


Drama terbaru yang baru sahaja ditayangkan di Astro berjudul “Memori Cinta Suraya” bermula 17 ogos. Drama menarik ini diadaptasi dari siri Mexico berjudul ‘A Love To Remember’. Memori Cinta Suraya menampilkan gandingan Alzana Nasir dan Hisyam Hamid sebagai teraju utama drama sebanyak 148 episod ini. Memori cinta suraya akan ditayangkan di kaca tv pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.30 petang di Astro Bella & Astro Mustika HD.



Details
Tajuk: Memori Cinta Suraya
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 17 ogos 2015
Hari Tayangan: Isnin-Jumaat
Masa Tayangan: 6.30 Petang
Slot:  Astro Bella & Mustika HD
Episod Penuh: 148 Episod
Pengarah: Feroz Kader
Terbitan: Global Station
Pelakon
Hisyam Hamid, Anzalna Nasir, Afiq Muiz, Marisa Yasmin, Miera Leyana, Iqram Dinzly, Syafnida Shuhaimi, Kay Khydir, Nafiez Zaidi, Nazeera Sardi, Syuhaida Abraz, Arash Mohd, Watie Sadali, Kufrida, Zarynn Min, Riezman Khuzaimi, Liza Abdullah, Tunku Hanis, Mahmud Ali Bashah, Zila Bakarin, Farid Wari, Aleza Shadan
Sinopsis
Mengisahkan Suraya yang menjejaki semula cinta Rayyan yang sudah pulih ingatan. Rayyan merupakan seorang arkitek daripada sebuah keluarga yang kaya. Pesawat peribadinya terhempas di hutan namun dia bernasib baik dan telah diselamatkan oleh Suraya.

Akibat kemalangan itu, dia mempunyai amnesia dan tidak mengingati identitinya sendiri. Semenjak itu dia dijaga oleh Suraya. Mereka mula jatuh cinta dan berkahwin

Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah pada suatu ketika Rayyan menuju ke bandar. Rayyan mendapat semula ingatan lama beliau dan lupa tentang isterinya, Suraya. Sebaliknya, dia mengigati yang dia telah bertunang dengan Irina




Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.