Header Ads

Drama Kak Marr [2016] Iris TV3


Produksi Zeel Production Sdn Bhd akan membawakan drama komedi terbaru berjudul 'Kak Marr' arahan Emi Suffian. Dibarisi ramai pelakon popular dan baru seperti Rozita Che Wan, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Azza Elite, Redza Rosli, Ben Ali, Ayumie Azizan dan ramai lagi. Drama Kak Marr bakal menemui penonton di slot Iris TV3 pada awal Januari 2016. Nantikan.

Zain Saidin dan Aaisyah turut berlakon??

Details
Tajuk: Kak Marr 
Genre: Drama, Komedi
Tarikh Tayangan: Januari 2016
Hari Tayangan:  Isnin - Khamis
Masa Tayangan: 6.30 Petang
Saluran: Slot Iris TV3
Episod Penuh:  15 Episod
Pengarah: Emi Suffian
Terbitan: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon
Rozita Che Wan sebagai Kak Marr
Izreen Azminda sebagai Asmah
Sherry Ibrahim, Redza Rosli, Ben Ali, Azza Elite, Mustaqim Bahadon, Fattah Amin, Ayu Raudhah, Aishah Ilias, Kazar, Ayumie Azizan, Tatty Hassan, Jasmin Hamid, John Chisel
Sinopsis
Drama terbaru ini mengisahkan Kak Marr (Che Ta) bekas jurusolek artis yang cantik, glamour dan terkenal dalam bidangnya itu. Namun setelah usianya meningkat, Kak Marr membuat keputusan untuk bersara dan pulang ke kampungnya. Di kampung, Kak Marr membuka sebuah gerai makan yang mendapat sambutan dan terkenal dengan Mee Udangnya. Kecantikan Kak Marr juga membuatkan seorang duda bernama Zolkifli (Redza Rosli) jatuh cinta tapi seringkali terlepas peluang untuk menyatakan rasa hatinya kepada Kak Marr. 

Kak Marr turut menjual produk kecantikan dan ramailah juga orang kampung terutamanya golongan isteri dan gadis berpusu-pusu datang ke kedainya untuk turut menjadi cantik dan bergaya seperti Kak Marr. Namun kerana kehadiran Kak Marr, telah membuatkan perniagaan Asmah (Izreen Azminda) yang menjual laksa semakin merudum. Tiada lagi pelanggan datang ke kedainya, jualannya juga tidak habis kerana semua orang bertumpu ke kedai Kak Marr. 

Ditambah pula dengan hasutan-hasutan Kak White yang dengki dengan kejayaan Kak Marr. Kak White turut mencadangangkan kepada Asmah untuk berjumpa bomoh bagi merosakkan perniagaan Kak Marr. Berjayakah rancangan Asmah untuk menjatuhkan Kak Marr? Saksikan celoteh Kak Marr, perangai gedik Asmah, ragam pekerja dan pelanggannya dalam drama keluarga komedi Kak Marr ini.





Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.