Header Ads

Drama Cinta Hati Abah [2016] Samarinda TV3


Orangetree Production Sdn Bhd mempersembahkan drama terbaru berjudul 'Cinta Hati Abah' yang bakal mengisi slot Samarinda TV3. Drama arahan Azmi Hatta ini dibintangi oleh Zara Zya, Nonny Nadirah, Esma Dainal, Nor Albaniah, adik Nor Zara Sophia Afiq Muiz, Idris Khan, Esma Dainal, Nor Albaniah, dan ramai lagi. Nantikan kemunculan drama Cinta Hati Abah 20 Januari ini.



Details
Tajuk: Cinta Hati Abah 
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 20 Januari 2016
Hari Tayangan:  Isnin - Rabu
Masa Tayangan: 10 malam
Saluran: Slot Samarinda TV3
Episod Penuh: 15
Pengarah: Azmi Hatta
Terbitan: Orangetree Production Sdn Bhd
Pelakon
Zara Zya sebagai Intan
Nonny Nadirah sebagai Baizura
Nor Zara Sophia sebagai Zaharah
Esma Daniel sebagai Pak Salleh
Nor Albaniah sebagai Mak Mon
Laila Nasir sebagai Cik Gayah
Ben Amir sebagai Fikri
Afiq Muiz sebagai Marzuki
Idris Khan sebagai Ikmal
Farhana Qismina sebagai Zahara
Sinopsis
Kisah seorang nelayan, Pak Salleh (Esma Daniel) yang kematian isteri, dikurniakan tiga orang cahaya mata, kesemuanya anak perempuan.

Anak yang sulung, Baizura (Nonny Nadirah) merupakan pelajar pintar dan mempunyai masa depan yg cerah, juga menjadi harapan Pak Salleh, melihat Baizura ke menara gading. Walaupun Baizura pelajar pintar, namun dia agak materialistik, bercinta dengan Marzuki (Afiq Muiz), anak kepada Tokey keropok, En. Jalil (Razak Ahmad) dan Che Gayah (Laila Nasir).

Anak kedua Pak Salleh, Intan (Zara Zya) juga pelajar cemerlang dan amat sayangkan ayahnya, serta adiknya, Zaharah (Nor Zara Sophia) serta lebih merendah diri berbanding kakaknya.

Anak bongsu Pak Salleh, Zaharah, di bawa oleh Zaharah (kecil lakonan Nor Zara Sophia) dan  Zaharah (dewasa lakonan Sweet Farhana) juga anak yang pintar dan cemerlang, hingga dapat menyambung pengajian ke luar negara.

Maimon (Noralbaniah) merupakan adik sepupu kepada Pak Salleh, dan isteri kepada Yamin (Azman Jantan) , seorang yang mempertahankan keluarga Pak Salleh.

Intan (Zara Zya) juga rapat dengan Ikmal (Idris Khan), anak kepada Cikgu Ramlah (Suzanne), yang sering mengambil berat tentang Intan.

Diselit dengan watak Mail (Hadi Nawawi) yang juga pekerja En. Jalil (Razak Ahmad) dan Che Gayah (Laila Nasir) yang akan memberi impak dalam kisah ini.

Milah (Liza Zain) merupakan pemilik kedai makan, mempunyai seorang anak lelaki yang lurus bendul, Fikri (Ben Amir) sering membantu Intan dan menjaga Zaharah






Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.