Header Ads

Drama Anakku Diva [2016] Dahlia TV3


Drama terbaru terbitan JS Pictures Sdn Bhd dengan drama berjudul 'Anakku Diva' arahan Hj Azman Yahya. Dibarisi ramai pelakon popular seperti Haeriyanyo, Fiza Halim, Ramona Zamzam, Shakilla Khoriri, Janna Nick, Ardell Aryana, dan ramai lagi. Bakal menemui penonton menerusi slot Dahlia TV3 pada Januari 2016 nanti. Nantikan tayangannya tidak lama lagi.

Pelakon baru Janna Nick turut berlakon dalam darama ini


Details
Tajuk: Drama Anakku Diva
Genre: Drama, Komedi
Tarikh Tayangan: 2 Januari 2015
Hari Tayangan:   Sabtu & Ahad
Masa Tayangan: 7:00 malam
Saluran: Slot Dahlia TV3
Episod Penuh:  13 Episod
Pengarah: Hj Azman Yahya @ Jinggo
Terbitan: JS Pictures Sdn Bhd
Pelakon
Haeriyanyo sebagai Hussein
Fiza Halim sebagai Zahra
Ramona Zamzam sebagai Kenangan
Shakilla Khoriri sebagai Amy
Janna Nick sebagai Melati
Ardell Aryana sebagai Amanda
Adik Farzana Latiff sebagai Orked
Adik Dania Erisha sebagai Alia
Emylia sebagai Dayana
Zoey Rahman sebagai Mark
Erwin Dawson sebagai Firdy
Fara Mendoza sebagai Zuzu
Sajiri sebagai Omar
Sinopsis
Pertemuan di majlis reunion kolej, telah melahirkan perasaan cinta semula antara Hussien dan Zahra. Mulalah cerita lama diimbas kembali yang mereka pernah suka sama suka dahulu. Hussien menerima kehadiran anak-anak Zahra. Begitu juga dengan Zahra yang menerima anak-anak Hussien. Namun, jelas kelihatan anak-anak Hussien tidak dapat menerima anak-anak Zahra dan sebaliknya.






Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.