Header Ads

Cinta Si Wedding Planner [2016] Akasia TV3


Sebuah lagi drama adaptasi novel Cinta Si Wedding Planner karya Dhiyana akan disiarkan dalam slot Akasia TV3. Drama terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd itu bakal disiarkan pada tahun 30 Disember 2015. Drama ini diarahkan oleh Along Kamaludin.

Drama ini menampilkan Adi Putra dan pelakon baru Mira Filzah. Cinta Si Wedding Planner pastinya menjadi drama yang dinanti-nantikan oleh peminat. Gandingan aktor kacak Adi Putra dan Mira Filzah akan memberi kelainan sedikit berbanding drama-drama sebelum ini. Apa yang akan berlaku antara mereka berdua nanti. Sama-sama kita tunggu.




Details
Tajuk: Cinta Si Wedding Planner
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 30 Disember 2015
Hari Tayangan: Isnin-Khamis
Masa Tayangan: 7 Petang
Slot:  Akasia TV3
Episod Penuh: 28 Episod
Pengarah: Along Kamaludin
Terbitan:  Primeworks Studios Sdn Bhd 
Pelakon
Mira Filzah sebagai Izara Batrisya
Adi Putra sebagai Fariz Adryan
Fadlan Hazim sebagai Ikmal Bazli
Ikhlas Jalil sebagai Heykal
Rosnah Johari sebagai Mak Lang
Idris Mat Diah sebagai Pak Lang
Mitilda sebagai Nana
Airis Yasmin sebagai Nadrah
Dian P Ramlee sebagai Puan Marina
Shiqin Kamal sebagai Shira / Nadia
Elvina sebagai Dayana
Hanif Safuan sebagai Hakimi
Azzam Zamani sebagai Mikhail
Aisyah sebagai Aliyah
Wan Sharmila sebagai Dina
Ir's Mikhail sebagai Naufal
Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner.
Drama Cinta Si Wedding Planner mengisahkan tentang  Izara Batrisya yang merupakan seorang perancang perkahwinan. Dia tidak menyangka hubungan cinta bersama sepupunya Bazli yang terjalin selama 4 tahun hancur kerana sebuah rahsia. Pak Lang dan Mak Lang terpaksa membongkarkan kisah silam berkenaan ibu bapa Zara setelah Bazli meluahkan hasratnya mengahwini Zara. Bazli dan Zara mempunyai pertalian darah dan tidak boleh berkahwin.

Fariz Adryan (Fariz), pula merupakan bekas tentera laut mempunyai kekasih bernama Shirah. Kekasihnya itu telah berlaku curang sewaktu mereka hampir bertunang. Semenjak itu tertutup pintu hati Fariz untuk menjalin hubungan dengan wanita. Seorang pelanggan Zara yang bernama Puan Marina tertarik dengan sikap Zara yang berbudi pekerti. Puan Marina yang mempunyai empat orang anak mengambil Zara sebagai anak angkat memandangkan Zara hidup sebatang kara di Kuala Lumpur.

Suatu hari, pertemuan Fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Di saat itu pintu hati Faiz telah terbuka semula untuk menjalin hubungan cinta. Fariz juga merupakan anak kedua kepada Puan Marina dan juga merupakan ibu angkat Zara. Semenjak itu mereka semakin kerap bertemu dan Fariz telah jatuh hati pada Zara. Bila Fariz mendapat tahun bahawa Zara juga kecewa dalam percintaan dan asyik diganggu dengan Bazli, Fariz nekad menjadikan Zara isterinya. Puan Marina terus bersetuju meminang Zara. Biarpun hatinya belum mencintai Fariz,  Zara tetap menerima pinangan tersebut.

Selepas berkahwin, Fariz terus berubah sikap, dari seornag lelaki yang baran dan moody menjadi romantik dan penyayang. Manakala Zara pula berusaha menjadi seorang isteri yang terbaik buat Fariz. Bila bahagia mula menjadi milik mereka berdua, muncul pula bekas kekasih Fariz untuk menagih cinta. Zara diugut untuk meninggalkan Fariz.

Perkahwinan mereka mula bermasalah. Fariz kembali baran dan sering mengabaikan Zara. Misi Fariz untuk menyelamatkan perkahwinannya bersama Zara tidak berhasil. Zara meminta cerai dan membawa diri ke Aukland.

Bazli cuba membantu untuk membawa Fariz dan Zara bersama kembali tetapi dugaan yang lebih hebat pula berlaku. Obsesi bekas kekasih Fariz terhadapnya membuatkan keadaan menjadi diluar kawalan sehinggakan nyawa Zara dan kandungannya berada dalam bahaya.

Apa akan terjadi selepas itu? Berjayakan Fariz menyelamatkan rumahtangganya bersama Zara? Dapatkah kebahagiaan kembali menjadi milik bersama?






Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.