Header Ads

Akulah Balqis [2015] Akasia TV3


Drama terbaru karya Erma Fatima, Akulah Balqis bakal muncul mengisi slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan pelakon hebat iaitu adik Puteri Balqis, Aeril Zafrel dan Nabila Huda. Turut dibintangi oleh Nazim Othman, Nadia Brian, Puteri Aishah, Aziza Kazan dan ramai lagi. Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra, dibawah arahan Pali Yahya. Drama ini dilihat seperti pembikinan semula telefilem Balqis yang pernah disiarkan untuk slot Festival TV3.



Details
Tajuk: Akulah Balqis
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 18 November 2015
Hari Tayangan: Isnin hingga Khamis
Masa Tayangan: 7.00 Malam
Slot: Slot Akasia TV3
Episod Penuh: 24 Episod
Pengarah: Erma Fatima
Terbitan: Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Pelakon
Puteri Balqis Azizi, Nabila Huda, Aeril Zafrel, Nazim Othman, Nadia Brian, Puteri Aishah, Aziza Kazan
Sinopsis
Drama Akulah Balqis mengisahkan tentang seorang anak kecil bernama Balqis yang terpaksa menguruskan kehidupannya sendiri dan melupakan zaman persekolahannya setelah ibunya dan ayahnya ditangkap.

Yamin, yang merupakan ayah kepada Balqis menjadi tertekan setelah kehilangan pekerjaan. Akibat dari itu dia mula terjebak dengan dadah.

Balqis tinggal sebatang kara, dan dihantar ke rumah kebajikan. Suatu hari Balqis melarikan diri dan mulai hidup sebagai gelandangan.

Hendak dijadikan cerita, muncul pula seorang model bernama Milda yang sering kali bermimpi tentang Balqis. Suatu hari, mimpi yang kerap menghantui Milda bertukar menjadi nyata apabila dia secara tidak sengaja telah terlanggar Balqis dan membuat keputusan untuk membawa Balqis pulang ke rumahnya.

Apa akan terjadi kepada kehidupan Balqis selepas itu? Dapatkah ibu dan ayah Balqis bertemu semula dengannya?



Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.